BAB 2

Drama Completed 348

“ Kalau macam ni, sampai ke pagi pun dia takkan hantar aku.
Lebih baik, aku balik sendiri…” monolog Alesandra memikirkan sesuatu.

Setelah fikir sepuas-puasnya, Alesandra lantas bangun
meninggalkan tempat itu.

“ Eh..You nak pergi mana tu?” sapa Farid dalam keadaan yang
longlai.

Alesandra tidak mengendahkan Farid dan meneruskan langkahnya
keluar dari sangkar maksiat itu.

Keadaan lalu lintas ketika itu sangat sepi. Maklumlah, jam hampir
menunjukkan 2.00 pagi. Alesandra menanti ketibaan teksi yang baru sahaja
dia telefon sebentar tadi. Matanya meliar memandang ke kiri ke kanan.
Keadaan yang gelita itu menghadirkan rasa gentar dalam hatinya. Seketika
kedengaran bunyi cengkerik memecah suasana sunyi di situ.

Melihat kelibat sekumpulan lelaki meluru ke arahnya
menambahkan lagi rasa gentar dalam dirinya. Semakin hampir kelibat
sekumpulan lelaki itu kepadanya, semakin jelas suara-suara sumbang yang
disuarakan oleh mereka. Dari segi suara sumbang itu, mereka seakan-akan
cuba untuk mengacau Alesandra .

“ Mamat-mamat ni mesti mabuk. Lebih baik aku pergi dari
sini…” monolog Alesandra . Dia bingkas bangun dan berjalan dengan pantas
dari situ.

“ Nak pergi mana tu….” Jerit salah seorang daripada
sekumpulan lelaki itu.

Alesandra menjadi takut lalu membuka langkah seribu. Tindakan
Alesandra itu menarik perhatian sekumpulan lelaki mabuk itu untuk
mengejarnya. Dalam hati Alesandra , gundahnya hanya Tuhan yang tahu.

Alesandra berlari dengan penuh ketakutan sehinggakan tidak
perasan akan batu di hadapannya. Kakinya lalu tersadung. Badan Alesandra
rebah. Lututnya yang terdedah itu mula mengalirkan darah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience