BAB 11

Drama Completed 348

“ Hmm, Alesandra …Alesandra . Doktor tak boleh nak jamin yang Alesandra
dapat bertahan. Tikaman pisau tu terkena jantung dia sekaligus, banyak
darah yang hilang. Alesandra memerlukan darah dan jantung. Masalahnya
sekarang, pihak hospital baru sahaja kehabisan stok darah jenis O.”
jelas bonda kesal.

“Ha!!! Subhanallah…Sekejap. Darah jenis O? Mak cik, saya!!!
Jenis darah saya O.” ujar Busyra.

Riak bonda juga menjadi lebih bersemangat. “ Busyra…kamu nak
dermakan darah kamu? Hmm?”

“ Ya. Selagi saya dapat bantu Alesandra untuk terus hidup, saya
sanggup buat apa saja. Selebihnya kita tawakal kepada Allah,” ungkap
Busyra. Kemudian, langkahnya mula diatur menuju ke kaunter untuk bersiap
sedia untuk proses pendermaan darah.

“ Alhamdulillah. Cik Busyra, kami telah selamat mengambil darah Cik
Busyra. Syukur, darah cik dengan cik Alesandra sama dan sesuai untuk cik
Alesandra . Sekarang, cik boleh rehatkan diri sebelum keluar,” kata
jururawat yang menguruskan pengambilan darah Busyra.

“ Alhamdulillah…Jadi, rasanya keadaan Alesandra selepas ini
bertambah baiklah kan?” soal Elysian dengan senyuman.

“ Bertambah baik untuk jangka masa yang pendek. Cik Alesandra
memerlukan jantung. Tapi, In Sya Allah, darah yang akan kami salurkan
dalam badan Cik Alesandra selepas ini dapat membantu dia untuk bertahan,
tapi kita tak tahu sampai bila…Selagi, dia tidak mendapat jantung derma”
jelas jururawat tadi.

Tergamam Elysian mendengarkannya. Dia masih belum mampu
menghembuskan nafas lega. Elysian terus merenung ke atas sambil terbaring
di atas katil memikirkan keadaan Alesandra .

“Apa khabar hatimu? Masihkah ia seperti embun di dinihari? Merunduk
tawadhuk dipucuk- pucuk daun? Masihkah ia sepertikarang di lautan?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian. Apa khabar imanmu? Masihkah ia
seperti bintang di malam gelita? Terang -benderang menerangi kehidupan.
Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjagamu, sahabatku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience