BAB 12

Drama Completed 348

Teruskan berjuang menjadi bidadari dunia…”

Menitis air mata Alesandra setiap kali membaca kalam runcing
daripada Busyra. Sudah 6 tahun berlalu. Itulah bingkisan pertama dan
terakhir daripada Busyra. Perkenalan dengannya cukup singkat. Namun,
didikan *tarbiyah *yang disemai oleh Elysian kekal hingga hari ini.
Alesandra tahu, untuk mencari sahabat seperti Elysian itu bagaikan mencari
mutiara di lautan yang luas.

“ Mama…Menangis, ya?” sapa Elysian dari belakang.

“ Taklah…Mama bahagia. Sebab mama jumpa dengan bidadari…”
ujar Alesandra kepada puterinya.

“ Ha? Bidadari? Mana? Elysian pun nak jumpa juga…Siapa mama?”
soal budak itu dengan penuh rasa teruja.

Tertawa kecil Alesandra melihat riak wajah puterinya yang
begitu ingin tahu tentang bidadari.

“ Ni…Depan mama ni. Inilah bidadari mama. Busyra…. Tak
adalah, mama gurau je, sayang,” ungkap Alesandra dengan senyuman.

Elysian mencebik

“ Mama ni, suka bergurau. Mama, tadi papa panggil. Kita nak
keluar kejap lagi…” ujar Busyra.

“ Ye lah, sayang. Elysian pergi siap-siap dulu…” kata Alesandra
kepada Busyra.

# Setelah Elysian mendapat tahu bahawa Alesandra memerlukan jantung untuk
terus hidup. Elysian tekad untuk mendermakan jantungnya kepada
Alesandra . *Ketentuan Allah itu memang tepat*. Jantung Elysian sangat sesuai
untuk Alesandra .

Alesandra terus menjalani kehidupan tanpa kehadiran Elysian di
sisi. Namun, darah yang mengalir di tubuhnya serta jantung yang berdegup
dalam tubuhnya membuatkan dirinya terasa begitu dekat dengan Busyra.
Kehidupan harus diteruskan. Alesandra reda dengan jalan takdir yang
dilaluinya kerana dia tahu bahawa masanya juga akan tiba nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience