BAB 13

Romance Completed 1309

Sudah 5 bulan berlaku. Hubungan kami tiada masalah. Aku berkerja di syarikat abah. Tengah hari ni ada lunch dengan my fiancee..hehe. Deringan lagu twinkle-twinkle mengejutkan aku dari lamunan tadi.
“Lia, lambat lagi ke? Rul tunggu setengah jam dah depan pejabat Lia ni”kedengaran suara di talian merungut. Salam tak bagi, main terjah je.
“Erk,ok,Lia turun sekarang. Tadi kerja banyak”bohongku. Sebenarnya kerja aku dari tadi duk termenung je.hehe..
“Ermm..” talian diputuskan. Sejak akhir-akhir ni. Dia yang dingin ke perasaan aku je? Aku mengeluh. Janganlah ada apa-apa jadi dalam perhubungan kami. Aku sempat membetulkan selendang yang dipakaiku sebelum berlalu turun.
Satu keluhan terbit dari bibirnya. Entah kenapa perasaannya kurang senang sejak akhir-akhir ini. Sesuatu akan jadi ke? Dia berfikir sendiri. Aku tidak mahu sesuatu yang tidak baik antara kami.
“Rul , jom!” aku menegur. Hairul tersenyum, pintu kereta di buka untuk ku.
“Lia,”panggilnya lembut.
“Kenapa senyap je? Lia sakit ke?” tanyanya prihatin.
“Tak , Cuma ada masalah sikit kat pejabat tadi”. aku membohonginya.
“Lia,you can’t lie to me. I know who you are. Lia marah Rul ke? Lia, walau apa-apa pun yang Rul buat. Rul nak lia tahu. Rul sayang Lia sangat-sangat” bicaranya sayu. Wajahnya redup.
Aku rasa bersalah melihat wajahnya begitu.
“Tak Rul , Rul tak salah apa-apa pun dengan Lia”. aku tersenyum.
“Lia apa yang Lia akan buat kalau Rul pergi dari hidup lia?” tanyanya lembut. Wajahnya sayu. Aku tidak mampu meneka apa yang ada di dalam fikiran lelaki ini.
“ I’ll make sure you come back” aku tersenyum. Dia juga. Senyumannya tampak hambar.
“Rul ,lia dah bersedia.”ujarku lembut. “Sedia? Dia mengangkat keningnya. Tidak memahami bicaraku tadi kut.
“Lia rasa,kita boleh percepatkan majlis pernikahan kita. Rul macam mana? Setuju?”. Aku lihat dia mendiamkan diri.
“Rul rasa belum bersedialah lia” wajahnya sayu. Aku terkedu mendengarnya. Kalau dulu, dia sering memujukku mempercepatkan majlis pernikahan kami. Tapi..kenapa tidak bersedia sekarang? Persoalanku cuma bermain di mindaku sahaja. Sejak kebelakangan ini, sikap Hairul semakin aneh.
“Kalau macam tu,tidak mengapalah. Lia balik dulu”. Aku terus mengambil tas tangan di atas meja. Entah kenapa aku bersa sangat sedih dengan perubahan sikapnya. Aku terus berlari melintas jalan tanpa melihat sebuah lori sedang menghampiriku.
“Rul !!!!!!!!!” aku menjerit apabila tubuhku melayang ketepi. Tubuh tegap yang menolakku tadi terlantar di bahu jalan. Bajunya berlumuran darah. Aku menangis sedu- sedan. Orang ramai sudah mula menghampiri kami. “please..call the hospital” aku meminta sayu kepada salah seorang saksi di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience