BAB 16

Romance Completed 1309

“Cantiknya anak umi”. Umi terus memegang tanganku. Sejuk. Matanya tak henti-henti menatap wajah anaknya. Anak dara kesayangannya. Yang dijaga sepenuh hati.
“Umi tahu Vee gugup, tapi Vee pernikahan perkara biasa bagi seorang gadis. Sepatutnya Vee tak perlu risau banyak sangat. Yang patut risau, si Hairul tu.” Umi ketawa sedikit. Aku mengangguk sambil menghadiahkan senyuman termanis untuk umi. Aku memeluk umi. Kasihku pada wanita ini dan abah tak kan pernah padam. Umi tersenyum,lantas mencium pipiku.
“Apa kamu anak beranak buat ni, pengantin lelaki sudah datang tu, Vee boleh keluar sekarang. Dengar lafaz akad nikah”. Teguran abah menyentap jantungku. Dadaku mula berdebar-debar. Perlahan-lahan dan penuh sopan-santunnya aku dengan diiringi umi tercinta melangkah ke ruang tamu.
Aku terpandangkan Mak Jah yang duduk bersimpuh di sebelah saudara maraku. Dia tersenyum. masih ingat apabila aku menyatakan kebenaran akan hal kebenaran kepada Mak Jah. Alhamdulillah dia masih memaafkan aku dan terus menganggap aku seperti darah dagingnya sendiri.
Hatiku mula tenang bila suamiku melafazkan akad nikah tadi. mukanya yang tenang itu terus melenyapkan segala debaran di hati. Aku yakin,Hairul sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab besar ini. Dia tersenyum. Kami saling berbalas pandangan sebelum menadah tangan mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kami di satukan.Ketikka acara pembatalan air sembahyang dilakukan, cincin bertahtakan belian itu disarungkan ke jari manisku. Aku terus mencium tangannya. Dia terus mengucup dahiku penuh cinta sambil membisik.
“Abang akan membahagiakan Lia sehingga akhir hayat abang”. Aku terkedu. Bisikannya membuat aku diselubungi rasa bahagia. Aku tersenyum. Semoga cinta kami berkekalan hingga akhir hayat. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience