BAB 4

Romance Completed 1309

Sudah sebulan berlalu,hatiku mula merindui jenaka mesra jejaka itu.senyumnya selalu mengubat hati yang lara. Hairul tidak pernah menyerah dalam memenangi hatiku. Setiap kali makan tengah hari, Hairul selalu makan di kedai makan mak jah, tetapi sudah seminggu, bayang pun tak nampak. Adakah dia sudah mula menyerah. Arggghh..aku tidak mahu itu terjadi, aku mahu lelaki itu terus cuba menakluki hatiku. Lagipun hati ini sudah terbuka sedikit untuk bercinta setelah kegagalan cinta pertamanya dulu.
Tidak sangka dalam merangka mimpi indah bersama, tunang kesayanganku pergi meninggalkanku. Dia terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawanya. Aku membawa diri ke UK dengan alasan menyambung pelajaran. Sejak itu hati ku payah menerima kehadiran lelaki dalam hidupku,tetapi Hairul Syahri Tan Sri Fadhly sedang merobohkan tembok dihatiku. Kalau bukan cinta mengapa hatiku merinduinya.
“Lia, ada orang nak order tu.” Mak jah mencuit lengannya.
“Sory mak jah. Lia tak perasan” aku tersenyum sambil menghadiahkan senyuman manis kepada mak jah. Mak jah cuma mengeleng-geleng kepalanya. Aku sudah menganggap mak jah dan abang zakri macam keluarga sendiri. Mereka terlalu baik kepadaku. Ketika aku mula-mula sampai sini, abang zakri lah yang memberi aku kerja di gerai ibunya ini. Aku berasa amat bersyukur kerana berjumpa dengan orang sebaik abang zakri dan ibunya.
“Ehem.. teringatkan siapa tu?” lelaki dihadapan ku ini menegur. Aku termalu sendiri kerana di depan orang ini pun aku sempat mengelamun.
“err.. encik nak makan apa?” aku cuba untuk mencover malu aku tadi. Dia membuang cermin mata hitamnya,lalu meletakkannya di atas meja. Dia tersenyum. Lagi lah aku malu. Rupanya Hairul patut pun macam kenal je.hehe..
Dari tadi dia asyik memerhati wajah gadis itu yang sedang mengelamun. Lia memiliki mata yang menawan yang boleh menambat hati sesiapa yang melihatnya. Tiada tanda-tanda gadis itu mahu tersedar dari lamunanya, dia terpaksa menegur. Nanti tambah malulah gadis dihadapanya ini.
“Saya tak nak makan.”Hairul tersenyum. Hai mengada-ngada pulak mamat ni.
“Kalau tak nak makan buat apa datang sini. Sini gerai tempat orang nak makan, kalau awak tak nak makan,pergilah dari sini. Ramai lagi orang yang lapar nak duduk sini”balasku kasar. Sebenarnya aku geram dengan dia ni, seminggu menghilang tiba-tiba terpacak kat sini pula. Buat sakit hati jelah.
“Saya nak awak, Just marry me.”bicaranya romantis. Tegak bulu roma aku ni. Pandai betul dia buat aku berdebar debar. Rasa macam jantung aku ni nak pecah.
“ Just nasi minyak please.”tambahnya lagi. Dia tersenyum penuh makna. Apa makna nya? Manalah aku tahu.
“Emm.. air?”aku menyoalnya lagi.
“Don’t you miss me?’’dia mengangkat keningnya. Ahh sudah. Aku tanya air, dia tanya lain. Dia tak tahu ke aku tengah kerja ni. Ramai lagi orang yang nak order. Bukan dia sorang. Nasib baik abang Zakri ada boleh lah juga dia ambil order yang lain.
Memang pun,saya rindu awak gila-gila. Ingin saja aku katakan begitu, tapi mana boleh aku kan perempuan. Tak boleh, tak boleh. Tak sangka aku pun tergeleng-geleng sekali.
“ Apa yang awak tergeleng-gelengkan tu? Awak tak rindu saya ke?” dia menyoal ku. Aku tetap mengeleng- gelengkan kepalaku,lantas aku mengangukkan kepala ku pula. Apahal ni?Aku pun tak tahu. Hairul tersenyum.

“Sebab awak kata awak rindu saya, so saya belikan ni untuk awak”. Dia menghulurkan sebuah kotak empat segi sederhana kecil kepada ku. Bila masa pula aku kata aku rindu dia? Ish..ish musykil betul.
“Apa ni?” aku menyoalnya. Tangannya masih menghulurkan kotak itu.
“Ambil je”. Saya ada kursus lima hari di Kuala Terengganu, minggu lepas. Jadi saya beli lah
cenderahati kat awak, menunjukkan bahawa awak selalu dalam ingatan saya. Dia tersenyum senang apabila AKU aku menyambut huluran kotak itu. Jangan lah senyum macam tu,Hairul oit. Awak tahu tak ramai yang tergoda kalu awak senyum macam tu. Saya cemburu tau.
‘’Thanks” balasku sepatah.
“Sebenarnya saya baru sampai KL,saya datang sini bukan untuk makan, but l want to meet you first. I miss you.” Dia berbicara romantis, lantas meninggalkan meja makan itu. Macam tu je? Hantu punya orang buat letih aku je terpacak kat sini dari tadi nak ambil order dia. Aku memegang erat hadiah pemberiannya. Kenapalah hatiku berasa sangat gembira bila dia cakap aku ni selalu dalam ingatan dia. Kemunculanya hari ini membuatkan aku dibuai rasa bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience