BAB 2

Romance Completed 1309

“Pa, Rul tak kenal pun Vee tu,Rul tak nak kahwin dengan dia”Tan sri Fadhly tidak peduli dengan bantahan anaknya itu. Yang dia tahu,anaknya harus berkahwin dengan anak temannya itu.
“Rul ,papa dah janji dengan kawan papa tu. Tak baik memungkiri janji. Papa cuma nak mempereratkan lagi persahabatan kami. Lagipun anak dia cantik,sopan santun,lemah lembut...”belum sempat Tan Sri Fadhly menyudahkan kata-katanya. Hairul sudah menyampuk.
“ Wait pa,you know her?”. Tan Sri Fadhly cuma tersenyum.
“Rul ,sudah lah tu,pergi naik atas,tukar baju,lepas tu turun makan. Kita makan sama-sama.” Mamanya, Puan Sri Samehah mengingatkan anaknya itu. Rasanya kalau dia tidak menyampuk tadi,mungkin anaknya dan suaminya masih bertekak. Hairul mengeluh sambil matanya memandang wajah ayahnya. Mohon simpati mungkin. Terus dia naik ke tingkat atas.
“Rul ,kamu ada dua bulan sebelum majlis pertunangan kamu berdua”. Tan Sri Fadhly menjerit sedikit. Tidak tahu lah anaknya itu mendengar atau tidak.


Di dalam bilik,dia memikirkan kata-kata papanya itu. “Dua bulan.” Dia bersuara perlahan. Lia, dua bulan lebih dari cukup untuk aku menakluki hatimu,sayang. Azam hatinya. Dia tersenyum sendiri apabila mengingatkan wajah gadis itu,manis dan menawan. Kali pertama dia terpandang wajah mulus itu,terus dia jatuh cinta. Dia akan buktikan kepada papanya bahawa dia mampu memiliki gadis idamannya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience