BAB 12

Romance Completed 1309

“Emmm...saya rasa saya tak payah tanya kot. Kita kahwin jelah. Buat apa susah-susah main tarik tali macam ni? Lagipun awak dah lama setuju dengan lamaran saya kan?”Hairul menegur. Dia tersengih. Haih tak tahu malu betul lah mamat ni. Aku ni tengah merajuk boleh pula dia selamba ajak aku kahwin. Air di dalam kolam ditenungku sekilas.
“mm..oklah” aku terus angkat punggung. Malas duduk situ lama-lama. Lagipun marahku padanya sudah padam dek senyumannya yang manis itu..hehe. Tak nak lah jual mahal, nanti melepas. Aku juga yang nyesal.
“ wait.! Itu satu jawapan ke?” dia menyoalku kembali. Suka hatilah. Malas nak layan. Dia tersenyum lalu mengekoriku masuk kedalam rumah.
‘‘Kira jadi lah ye datuk”. Tan Sri Fadhly dan abah sudah membuat keputusan. Bertunang minggu depan,nikah 2 minggu akan datang. Yang nie aku bangkang sangat.
“Abah,erk..papa, Vee tak sedia lagi bah,pa”.
“Lia, kenapa? Rul rasa kalau lagi cepat,lagi baik lia..” si Hairul ni,menyampuk pula dia.
“Umi rasa, lebih baik kamu berdua bincang dulu. Datin Suraya memberi cadangan. Aku dan Hairul terus mengangkat punggung ke halaman depan.
“ Rul , Lia tak sedia lagi, Lia nak kerja dulu”. Hairul mengeluh.
“Habis tu, bila Lia akan bersedia?” soalannya seolah-olah menyindirku.
“Rul , Rul boleh tunggu Lia setahun tak” takut-takut aku bersuara.
“What? Setahun Lia..”. dia merengus. Wajahnya bertukar mendung. Baginya setahun, lama sangat.
“Rul , please” aku mematahkan kata-katanya. Mataku dikedip-kedipkan meminta simpati.
“ok lah..” aku dah agak, kalau buat muka kiut macam tu,mesti mengalah punya mamat ni.hehe..
“Tapi..” apa tapi-tapi ni.
“Tapi apa,Rul ?”aku menyoalnya.
“Kita bertunang minggu depan, then nikah lepas setahun” dia mengeluh sedikit selepas membuat keputusan itu. Aku terdiam sebentar, saja buat saspen.
‘’Ermm..ok”. Dia tersenyum lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience