BAB 7

Romance Completed 1309

Aku ke taman berdekatan. Orang kata kalau tengok alam semula jadi,boleh tenangkan fikiran. Teringat apa yang aku buat pada umi semalam. Rasa berdosa sangat. Aku tak berniat nak buat macam tu pada umi, cuma bila umi sebut pasal Rees , aku jadi sedih sangat. Tak semena-mena air mata ku jatuh. Rees , satu-satunya lelaki yang aku cintai. Kami berkenalan di sekolah menengah lagi. Kami berjaya ke universiti bersama.
Tak lama selepas itu, dia mengaku bahawa dia mencintai aku. Aku terus menerimanya kerana aku juga amat mencintai dia. Tapi siapa yang boleh salahkan takdir kalau aku dan Rees tidak ditakdirkan bersama. Tapi umi silap. Vee tak nak dijodohkan bukan kerana Rees , tapi..... Lagi pun Vee sudah lama menerima takdir kehilangan Rees dari hidup Vee .
“Hai,dari tadi saya perhatikan awak, kenapa menangis?”suara yang menegurku tadi menarik perhatian ku. Hairul l. Sebenarnya dia cuma lalu di kawasan ini. Cuma apabila ternampak Lia yang murung. Hatinya terasa sayu. Apalah agaknya yang difikirkan gadis itu.Umi, kerana lelaki ini.. Aku masih berdiam diri.
‘‘Cantik gelang tu. Sesuai sangat dengan orang cantik macam Lia”aku tersenyum. Dia juga. Aku yakin perasaan ku kini. Aku cinta kan lelaki di hadapan ku ini. Maafkan Vee , Rees..mataku tidak berkelip memandang wajah lelaki di depan ku ini.
“Rul , i will marry you.” Aku membuka mulut.aku lihat dia terkejut. Malunya rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience