BAB 15

Romance Completed 1309

Dua bulan sudah berlalu,kaki Hairul sdah 95% sembuh. Dalam tempoh itu, aku sentiasa berada di sisinya. Tinggal seminggu lagi sebelum majlis pernikahan kami. Aku dan Hairul sudah memutuskan tidak mahu melambat-lambatkan hari bahagia kami. Sejurus sahaja kaki Hairul sembuh, kami akan terus menikah. Lagipun, kami sudah lama bersedia. Aku tidak mahu lagi perkara buruk terjadi. Lagipun orang kata, tunang lama-lama ni tak elok.
“Rul , why,masa Lia ajak Rul kahwin dulu,Rul tolak”. Aku bertanya lembut. Ketika ini kami perlu membeli barang hantaran. Hairul masih membelek-belek 2 pasang kasut lelaki yang mahu dibelinya. Tidak mampu membuat pilihan kut. Aku mendekatinya.
“Ambil yang ni je..” aku mengambil salah satu kasut yang ada di tanganya lalu aku bawa ke kaunter. Dia cuma tersenyum. Murah betul dengan senyuman. Biarlah senyumam kan sedekah. Sebenarnya aku cemburu kalau boleh aku cuma dia tersenyum kepadaku saja. Tapi, mana boleh, aku tidak boleh menjadi seorangnya pentingkan diri sendiri. Senyumannya boleh mencairkan hati wanita. Begitu juga aku. Kerana senyumnya, aku jatuh cinta. Haih..apalah. Itupun rasa tergugat ke. Sakit hati aku,lebih-lebih lagi masa dia senyum kat gadis kaunter. Pompuan tu pulak cam tergedik-gedik je. Sengih tak henti-henti. Sabarlah, wahai hati. Cemburu buta pula. Tak sukalah. Hatiku berperang sama sendiri.
Penat berjalan. Dia mengajakku makan di restoran berhampiran.
“Lia, rasanya lia tanya Rul sesuatu masa kat kedai kasut tadi kan?”. Sesampai saja di restoran dia terus bertanya. Bibirnya mengukir senyum. Matanya meliar-liar di sekeliling restoran. Aku merengus. Nampak sangat dia tidak memberi perhatian padaku.
“Tak ada apa-apalah”. Balasku senang.
“Marah ke?”. Dia bertanya sepatah. Keningnya di angkat. Senyuman masih tidak mati di bibirnya. Aduishh.. ni kalah ni. Perbualan kami terganggu dek kehadiran pelayan restoran itu. Selepas mengucpkan terima kasih. Matanya tidak beralih dari mangadap wajahku. Makanan yang ada di hadapannya langsung tidak di pandang. Gugup. Inilah yang aku rasa. Apahal pulak si Rul ni. Saja lah tu. Aku tidak mempedulikannya. Aku memulakan suapan.
“Lia..” panggilnya lembut. Terus suapanku terhenti. Senyuman manis terukir di wajahnya. Matanya yang tajam terus merenungku. Kemudian dia tertawa kecil. Aku semakin pelik dengan sikapnya.
“Rul sengaja nak sakitkan hati Lia ke?”. Tanya ku kasar. Mataku tajam memandang wajahnya. Dia masih merenungku. Arhh aku menyerah. Aku terus tunduk. Berpura-pura meneruskan suapan.
“Mungkin masa tu, Rul tak nak Lia sedih kut”. Dia memulakan suapan pertama. Aku terus mengangkat wajah.
“Kenapa pula Lia yang sedih?”.aku bertanya. Aneh.
“Entah lah Lia, masa tu, Rul rasa tak sedap hati. Sebab tu Rul cakap macam tu kat Lia. Rul tahu Lia sakit hati. Rul minta maaf. Tapi percayalah Lia,Rul sayang Lia sangat-sangat.” Hairul menjawab sambil tersengih.
“Rul tak patut minta maaf,Lia yang patut minta maaf dengan Rul sebab Lia, Rul accident”. Mataku mula berkaca. Aku merenung lantai.
“Dah lah tu, perkara dah lepas, Rul tak kisah. Lagipun, Rul selamatkan. Rul sanggup buat apa-apa pun demi Lia”. Dia membalas sambil tersenyum. Aku turut tersenyum. Perhatiannya padaku membuatkan hatiku terus terkunci untuk bersamanya. Aku rasa amat bertuah kerana dapat memiliki hati lelaki ini. Kini aku pasti takdirku untuk bersama dengan lelaki ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience