BAB 10

Romance Completed 1309

Risau rasanya melihat satu-satunya,anak lelakinya berkurung dalam bilik sejak semalam lagi. Makan malam langsung tidak disentuhya.
“Tunjuk protes lah tu. Anak awak” bisik Tan Sri Fadhly kepada isterinya. Lalu dia menuju ke dapur. Puan Sri Samehah mengetuk pintu bilik anaknya. Lalu menolaknya perlahan
“Rul , sudah lah tu, tak hensem la, anak mama macam ni.”Puan Sri Samehah berjenaka sedikit. Lampu di dalam bilik itu dipasang. Namun sedikit pun tidak mencuit hati anak lelakinya.
“Dah solat isyak”. Puan sri Samehah mengingatkan anak lelakinya.
“Dah, ma”. Hairul menjawab sepatah.
“Esok bangun awal, Papa cakap, pagi-pagi lagi,kita dah kena bertolak ke rumah Datuk Zamri” Puan Sri Samehah terus keluar dari bilik anaknya sesudah memberitahu pesan suaminya kepada anaknya itu. Lagipun, Hairul nampaknya tidak mahu menceritakan apa-apa kepadanya. Dia tidak mahu menganggu anak lelakinya itu. Hairul mengeluh. Macam mana lah Vee tu? Cantik kah dia. Papa cakap cantik. Buat apa kalau cantik, tapi rasa cintanya pada Vee tiada? Hatinya malontarkan pertanyaan. Akhirnya dia tertidur dengan seribu satu pertanyaan di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience