BAB 3

Romance Completed 1309

Datin Suraya termenung mengingatkan anak gadis kesayangannya itu. Sudah seminggu berlalu sejak anaknya itu pergi. Perbualan mereka masih tersimpan utuh di fikiranya.
“ Abah, umi, Vee minta tak lama, dua bulan je. Vee mesti buat pilihan yang tepat, Vee perlu tenangkan fikiran dulu umi,abah sebelum Vee buat apa-apa pilihan.” Vee bersuara tegas. Dia harus fikir masak-masak sebelum membuat persetujuan tentang perjodohan mereka. Dia tahu restu ibu bapa adalah penting untuk keharmonian dalam rumah tangga. Tapi, kalau boleh, dia mahu hidup bersama dengan orang yang dicintainya. Ya bunyi agak klise seperti lambakan novel sedia ada di pasaran, tapi cuba kau try, test berada di tempat aku, mau tak kalut hidup kau!
“ Baiklah, abah akan minta kawan abah bagi tempoh dua bulan tu.”Datuk Koree memberi persetujuan. Datin Suraya mengeluh lagi. Dia teringatkan persetujuan dari suaminya sendiri untuk membenarkan anak gadisnya pergi menenangkan fikiran. Bagaimanakah keadaan anak gadisnya itu? Risau dia memikirkan. Dia tahu, Vee kecewa dengan perjodohan ini. Lagipun, Vee baru selesai pengajian di UK. Tentu dia mahu jadi seorang yang berkerjaya dulu sebelum menjadi seorang isteri. Dia mengeluh lagi.
“Apa yang awak menungkan tu?”. Dato’ Razman menegur isterinya. “Tak ada apa-apa lah abang, Cuma teringatkan Vee tu,degil sungguh dia. Dato’ Razman tersenyum kecil. Sebenarnya dia pun risau akan keadaan anak gadinya itu sekarang.
“Sudah lah tu,lepas dua bulan dia balik lah tu”. Datuk Razman memegang bahu isterinya itu. Dia tahu isterinya memang sukar melepaskan anak dara mereka itu. Kalau dulu Vee berkeras ke UK,isterinya tidak henti-henti menangis dalam tempoh seminggu selepas itu. Tapi mahu macam mana lagi, anak gadisnya memang seorang yang keras kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience