BAB 8

Romance Completed 1309

“Pa!Pa!”terjerit-jerit dia memanggil papanya.
“Ya Allah,Rul , Kenapa ni?” Puan Sri Samehah menegur kelakuan anaknya. Wajah Hairul bukan main berseri lagi.
“Ma, i will marry”berkali-kali dia mengulangi ayat itu.
“Baguslah tu, tak sabar papa nak cakap kat kawan papa, bolehlah mempercepatkan majlis
pertunangan kamu tu” Dari mana entah datangnya Tan Sri Fadhly yang menyampuk tu.
“ No pa. I’m not marrying her. I love somebody else. I will marry my girl”. Balas Hairul l. Dia mahu kedua orang tuanya merestui perhubungan dia dan Lia.
“What? Rul , kamu tahu kan papa orang yang tak suka mungkir janji. Putuskan hubungan kamu dengan perempuan tu”. Tan Sri Fadhly membantah. Suaranya yang kuat telah menggoreskan hati gadis yang berada di ruang tamu rumah mereka.
“Tan sri dan Puan sri, saya minta maaf, kalau kehadiran saya dalam hati Hairul l, satu bebanan untuk keluarga ni. Saya tak mahu mengeruhkan hubungan kekeluargaan dalm keluarga Tan Sri. Saya minta maaf.” Selepas mengungkapkan kata-kata tersebut, aku terus berlari meninggalkan rumah ini. Hairul yang bawa aku ke sini untuk berjumpa dengan ibu bapanya. Dia yakin aku akan diterima keluarganya,tetapi sangkaannya meleset. Hairul akan dijodohkan dengan orang lain. Batinku menjerit. Sekali lagi aku gagal dalam pencintaan ini. Tetapi kali ini, aku tetap bersyukur, kerana caranya berbeza dari cara perginya Rees dari aku. Aku terus menahan teksi.
“Lia! dia menjerit memanggil namaku. Tapi sudah terlambat. Aku sudah masuk ke dalam perut teksi. Hairul mengeluh hampa.lia aku cuma sayangkan kau. Jeritnya dalam hati.
“Pak cik, ke Taman Sri Permai”. Aku tekad. Aku sudah penat. Aku akan terima perjodohan dari kedua ibu bapaku. Umi, abah. Vee balik.
Hairul kembali masuk ke dalam banglo milik keluarga mereka. Wajahnya sugul.
“Rul , Papa tak tahu dia ada di sini tadi. Kenapa kamu tak beritahu papa dulu kalau nak bawa anak dara orang jumpa mama dan papa?” Tan Sri Fadhly juga menyesali dengan kelakuaanya tadi. Dia tidak tahu akan hal kedatangan gadis yang berjaya mencuri hati anak lelakinya itu. Hairul diam membisu,lalu terus ke biliknya tanpa menjawab soalan papanya tadi. Tan Sri Fadhly mengeluh. Rul , kalau perempuan tu yang kamu cintai, kamu takkan menyesal dijodohkan dengan Vee .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience