BAB 11

Romance Completed 1309

Aku mendengar gelak ketawa di tingkat bawah. Kenapa berdebar sangat ni? Relaxs..relaxs Vee . Aku meyakinkan diri sendiri. Dengan lemah lembut dan sopan santun aku menuju ke bawah. Sesampai saja di tingkat bawah, aku terus menuju ke dapur. Takut untuk melihat bakal suamiku. Aku melihat umi dan Puan Sri Samehah sedang menyiapkan hidangan.
“Umi,aunty, Vee tolong ya?” aku terus saja mencapai teko, dan tanganku lincah menyiapkan air teh.
“ Vee , jangan lah panggil aunty, panggil mama, Vee kan bakal menantu mama juga.” Puan Sri Samehah tersenyum. Aku mengangguk sambil tersenyum manis. Umi dan Puan sri Samehah membiarkan saja aku berseorang di dapur. Mereka berlalu ke ruang tamu. Selesai membuat air, aku meletakkan sedikit kuih diatas pinggan, lalu menghidangnya di ruang tamu.
Mataku meliar mencari bakal suamiku tetapi cuma umi dan mama yang berada di situ. Entah kenapa aku macam kenal je Puan Sri Samehah ni. Otakku ligat mengingati di mana aku pernah berjumpa dengan wanita anggun ni. Arrrgg.. Pelanduk dua rupa mungkin.
“ Vee pergilah panggil bakal suami kamu tu, rasanya dia ada kat belakang tu.”umi tersenyum. Puan Samehah juga tersenyum. Semakin pelik aku melihat senyuman mereka berdua. Apa-apa je lah. Aku terus melangkah ke taman bunga di belakang.
Dari belakang aku memerhati lelaki ini. Hatiku terus berdebar-debar. Macam mana nak tegur dia. Hai awak,umi suruh masuk. Bolehke? Cakap jelah.
“Ehem,saya rasa bunga tu boleh layu kalau tenung dia macam nak telan”aku menegurnya sedikit menyindir. Hai apalah, lain nak cakap, lain yang terkeluar. Nak buat macam mana mulut comel aku ni yang sebut.hehe..
Dari tadi dia termenung, sambil melihat sekeling taman bunga ini. Cantik juga. Sehingga ada satu suara menegurnya tadi. Mendengar suara yang merdu itu sedikit menyindir. Lamunannya terhenti. Terus dia memalingkan wajahnya mengadap wanita itu.
“Lia??” Hairul terkejut.
“What are you doing here?” dia bertanyaku perlahan. Wajahnya sedikit cengkung.
“You know what? Saya cari awak rata-rata. Mak jah risau sebab awak menghilang begitu je. Kenapa buat saya macam ni?” dia terus menerus melontarkan pertanyaannya. Aku rasa semua persoalannya bagai sebuah batu besar yang menghempah diatas bahuku sehingga membuat aku lemas.
Aku memandang wajahnya yang merenung tajam kepadaku. Aku menundukkan wajah. Kenapa aku tidak pernah perasan sebelum ini, dia pernah memberitahuku namanya Hairul Syahri bin TAN SRI FADHLY !! Kenapa aku bodoh sangat. Dia adalah bakal suamiku. Sudah berapa kali umi dan abah menyebut nama Tan Sri itu. Tapi aku tidak pernah mengambil berat akan hal itu. Aku mendengus.
Aku kembali mengangkat muka. Wajahnya kini redup. Mungkin berasa bersalah kerana memarahiku sebentar tadi.
“ I’m sorry” aku meminta maaf.
“ Kenapa menipu?” dia bertanya kasar.
“Tipu apa?” aku bertanya kembali.
“Awak tahu tak, awak bukan saja menipu saya,malah orang yang amat mengambil berat tentang awak, mak jah. Mungkin bagi orang macam awak ni,perasaan orang lain tidak penting. Walaupun hal remeh, awak tetap menipu. Awak tipu nama awak pada mak jah, pada saya. Awak menyamar jadi orang miskin!!” Wajahnya kembali tegang. Kasar suaranya.
Aku merasa sedih mendengar segala tuduhan Hairul terhadapku. Air mataku menitis. Sangat murah harga air mataku. Aku merasa sayu mendengar tuduhan tidak berasas daripada lelaki yang aku cintai. Hairul terkedu melihat air mata gadis kesayangannya.
“Saya tak pernah tipu sesiapa!”aku menjerit marah.
“Memang nama saya Vee .. dan Lia. It was Vee lia binti Datuk Zamri. Saya tak pernah cakap pada sesiapa yang saya ni miskin ataupun kaya. Bagi saya itu semua tak penting. Saya berharap dapat berjumpa dengan lelaki yang mencintai saya seadanya. Tetapi dia bukannya orang yang dapat memahami saya”. Aku terus meninggalkan dia berseorangan di taman itu. Hairul terkedu. Dia memanggilku dari belakang.
“Kenapa dengan Vee Rul ?” Tan Sri Fadhly terus bertanya. Satu banglo mewah ini mendengar jeritan marah Vee lia. Hairul diam membisu. Memikirkan perkara yang disebut gadis tadi. Lelaki tu tak memahami awak atau awak yang tak memahami dia. Hairul tersenyum sinis. Awak tak tahu betapa besarnya rasa cinta pada awak, Vee lia. Wajahnya bertukar sayu.
“Rul ..Rul .. apa yang sebenarnya ni. Apa kamu buat sampai si Vee marah sangat” Tan Sri Fadhly mengocangkan bahu anak lelakinya itu.
“err..nothing,pa.” Jawabnya gugup.
“Kenapa papa tak cakap Lia tu Vee ? Rul tahu papa tahu tentang hal ini kan?”Tan Sri Fadhly cuma terdiam.
“Rul ,papa kamu bukanya apa. Kami cuma ingi menggembirakan anak-anak kami”. Datuk Koree menyampuk.
“Rul ,papa memang tak tahu, sehingga kamu bawa Lia ke rumah kita, then, kamu cakap kamu nak kahwin dengan dia. Memang kalau Lia bukan Vee papa tak akan setuju. Tapi papa bertuah kerana anak papa memang cintakan Vee . Pertama kali papa tengok Lia,papa yakin budak tu anak kawan papa. Vee . Jadi papa cuma tunggu hari ini.Papa bukan mahu rahsiakan dari Rul ,tapi papa mahu kamu berjumpa sendiri, dengam Vee lia tanpa perlu papa cakap apa-apa pun.” Tan Sri Fadhly bersuara. Hairul mengeluh.
“ Vee mana aunty?” Hairul bertanya pada Datin Suraya.
“Kamu pergilah ke halaman depan sana tu. Ada tepi kolam tu.”Datin Suraya menjawab sambil tanganya menunjukkan halam hadapan rumahnya. Hairul terus berlalu.
“Budak-budak tu. Orang dah jodohkan, bergaduh pula. Kalau dah suka sama suka. Kenapa lah tak setuju terus. Nak juga menyusahkan orang” Pua Sri Samehah merungut.
“Biasalah tu. Nak buat drama pujuk memujuk”balas Datin Suraya. Mereka sama-sama ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience