BAB 9

Romance Completed 2600

Labu mengeluarkan tisu dari poketnya untuk mengelap air mata. Dia dah tak kisah dengan mata-mata yang memandang. Emosinya tidak boleh disimpan-simpan lagi. Orang yang nak clash dengan boyfriend ni…Kena emo betul-betul. Barulah mantap lakonan!!!

“Ah..lega sikit” ulas Labu di dalam hati. Selama ini dia selalu berperang dengan emosi. Antara sayang dan janji. Kerapkali terdetik dihatinya untuk bertemankan Nedim sepanjang hayat. Itu antara inti harapan yang disimpan selama ini. Namun dia tahu itu sekadar dongengan. Mana mungkin lelaki yang sehebat Nedim itu mahu bertemankan gadis kampung sepertinya.Nama pun dah macam lelaki. Dan jawapan Nedim sebentar tadi mengesahkannya!!.

“Dah. Saya tak nak tanya lagi dah. Cuma nak bagi dekat awak envelope ni”. Labu menyerahkan envelope yang dipegangnya dari tadi.

“Apa ni?” Tanya Nedim.

“Itu hadiah terakhir saya sebagai girlfriends awak” Ujar Labu sebelum mengesat air mata dan berlalu pergi. Meninggalkan Nedim yang terdiam di situ.

Sampul surat dibuka dan lima keping wang kertas RM 100 berada didalamnya beserta sekeping nota.

“ saya pulangkan kembali duit yang awak guna untuk beli sayur dari saya selama ini. Gunakan untuk apa sahaja yang awak suka….. IKHLAS DARI : Labu ”

Dura lekas-lekas mengedarkan pamplet yang diberikan Bosnya sebentar tadi. Semua yang menghulur tangan akan mendapat Pamplet beserta satu sachet tester untuk wangian terbaru keluaran syarikat mereka. Lenguh juga tangannya melayan karenah pelanggan dan stokis yang datang. Matanya sempat beralih kearah Murni yang turut mengedar pamplet dari arah belakang.

Arianni hanya memerhati dari atas pentas. Dia sentiasa tersenyum dari tadi. Manakan tidak, jangkaanya cuma dalam lima ratus orang sahaja yang akan hadir, tapi yang ada dihadapannya melebihi angka dua ribu. Mujurlah dia ada masih menyimpan semua stok-stok sample yang mahu diedarkan kepada stokis dikedainya. Itulah yang dijadikan ole-ole kepada mereka yang berkunjung. Dia sudah mengarahkan keraninya untuk segera membuat tempahan sample test yang baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience