BAB 5

Romance Completed 2600

“Ha..” Labu terkedu. Tak pernah terlintas dalam hatinya ke arah itu.

“sampai habis tingkatan lima sahaja. Please” Rayu Nedim lagi.

“ramai lagi budak pompuan yang minatkan Ustaz. Kenapa nak cari saya pulak. Eh malaslah ustaz!”

“Sebab tu la saya minta awak menyamar jadi kekasih saya. Saya pun tak suka awak. Tapi kita boleh tolong antara satu sama lain..Saya dah tak sanggup terima macam-macam surat dan hadiah lagi dah” jelas Nedim. “selagi saya solo. Sampai habis sekolah nanti pun ada orang nak try”

Labu hanya tersenyum menerima luahan hati daripada “Ustaz Jambu”. Gelaran yang melekat pada Nedim kerana mempunyai wajah dan tubuh seakan pelakon filem barat dulu-dulu, James Dean. Cuma di berlidah melayu. Entah mengapa yang dia rasa bertuah pula petang ni. Bibirnya mula melirik senyuman yang seakan mengejek.

“Nak berlakon pun saya tak pandai. Inikan pula nak jadi kekasih Ustaz”

“Slow sikit suara awak tu. Ramai lagi orang kat sini….” Balas Nedim sambil berpaling kiri dan kanan. Jari telunjukknya dihalakan ke bibir.

“Awak buatlah macam kawan-kawan awak yang ada pakwe tu. Bagi surat ke..bagi hadiah ke?”

“Nak kena keluar berdating ke?..ha.ha..” sambung Labu sambil mengekek ketawa. Dia sudah tidak boleh tahan melihat wajah cuak ketua muridnya. Apalah malangnya ustaz ni sampai terpaksa pilih aku jadi kekasih dia. Kalau boleh memang dia nak ketawa sampai guling-guling.

Nedim mulai geram melihat reaksi Labu. Topi keledar yang tersangkut di cermin sisi segera dicapai. Dia mahu segera pulang sebelum ‘plan’nya terbongkar.

“Nanti dulu. Saya boleh ikut. Tapi ada syarat” Labu sempat menghalang. Terkocoh-kocoh Nedim memberhentikan motosikalnya yang mula bergerak.

“Awak mesti beli dan makan sayur saya”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience