BAB 8

Romance Completed 2600

“Takkan dah rindukan saya” ejek Nedim lagi. Mereka jarang bertemu, kecuali sewaktu membeli sayur. Sesekali dia suka untuk bergurau dengan ‘Girlfriends’nya itu.

“Malaslah nak cakap” Rajuk Labu. Kepalanya ditundukkan dari terus memandang Nedim. Ada sekeping sampul surat yang dipegangnya dari tadi.

“Peria awak bagi semalam tu pahit sikit. Tapi saya makan banyak jugak. bayam, terung dan labu ok. Sedap” Nedim mengubah topik.

“Alahai peria memang pahit, ingat petola ke?” Lancar sahaja Labu menjawab, sebelum tersedar yang Nedim sudah mengubah topik. Dan sepatutnya terus merajuk.

“Kenapa pergi jauh sangat. Sampai ke Dubai sana” Soal Labu pula. Ada nada sedih dan sebak.

“Itu permintaan arwah ayah saya. Dia nak saya betul-betul jadi Ustaz. Lagipun Abang saya kan bekerja di sana”

“Balik sini lagi tak?”

“Ntah lah. Saya belum rancang apa-apa pun. Mungkin balik juga sebab kubur arwah ayah di sini”

“Nak jumpa saya lagi tak. Kontrak kita pun nak habis hari ini. Lepas ni kta dah tak ada apa-apa kan.” Ulas Labu dengan nada sedih.

“Ye lah. Saya pun hampir lupa janji kita hari tu. Saya takkan lupakan awak. Kita tetap kawan sampai bila-bila. Apa pun terima kasih banyak pada awak kerana tolong saya dalam hal ni”Bijak Nedim menyusun ayat. Dan Labu pun tahu ayat stereotype tu memang akan keluar pada bila-bila masa

“Nak tanya sikit, selama kita kawan ni awak ada hati dekat saya ke tidak?” soalan cepu mas yang tiba-tiba muncul dari mulut Labu. Yang bertanya pun sedikit sengal.Namun itulah persoalan yang sering bermain dibenaknya.

“Saya tak berani nak jawab, Labu. Tapi saya mengaku yang awak betul-betul dah jadi ‘girlfriends’ saya yang terbaik.”ujarnya. Kalau Labu tu mahramnya, sudah lama dia peluk. Disebalik ‘Machonya’ dia, ada juga terselit rasa hiba dan sedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience