BAB 12

Romance Completed 2600

“Setakat ni kami hanya cater untuk local sahaja. Pasaran eksport masih belum cuba. Mungkin akan datang kami akan buat”

“Hmmm…Actually saya datang sebab ada pelanggan dari luar negara yang berminat dengan prodak dan pengasasnya sekali!”

“Iye..tak sangka pulak” Arianni kaget. Ayat-ayat sebegini pernah didengarinya sebelum ini. Ini adalah antara taktik lelaki-lelaki yang mahu menggoda usahawan-usahawan wanita untuk menjadi ‘sponsor’ mereka. Dia tidak mahu menjadi mangsa.

“Apa kaitan antara syarikat minyak dengan prodak kosmetik ni?” Arianni mula merasa kurang selesa. Dia sempat melambai kepada Murni untuk membawakan mereka minuman. Cuaca yang panas menyebabkan dia lekas dahaga.

“ Tak ada kaitan pun. Ini hanya peringkat awal rundingan. Kalau saya rasa Ok, prodak Cik Arianni akan kami bawa ke Dubai ” Jelas Mikael. Arianni masih belum berpuas hati. Dia merasakan ada udang disebalik batu. Dia juga tidak mahu membuang masa melayan pelanggan yang mahu memerangkap usahawan sepertinya.

“Saya rasa perbincangan kita setakat ini sahaja. Kami pun belum ada rancangan sejauh tu. Kalau saya berminat, saya akan hubungi Mikael ” Arianni bangun seraya tersenyum. Dia memang mengelak untuk bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya. Mikael pun turut bangun, tapi kali ini dia membuka kaca mata hitam yang dipakainya.

“Saya datang ke sini sebab awak Labu !!” kenyataan Mikael itu mengejutkan Arianni. Jarang sekali orang mengingati gelaran dirinya semasa persekolah. Tak mungkin dia ni orang yang aku tunggu-tunggu selama ini!!

“Awak ni sebenarnya siapa?” tanya Arianni sedikit tegas.

“Saya Nedim Mikael, kawan sekolah awak dahulu” Mikael Nedim menjawab sambil merenung tepat anak mata Arianni. Renungan terhadap sepasang mata yang kini mulai berkaca. Sengaja dia memakai cermin mata hitam dari tadi. Matanya sendiri sudah berkaca dari awal-awal lagi. Rindu sangat-sangat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience