BAB 13

Romance Completed 2600

Arianni melabuhkan semula punggungnya di kerusi. Ada rintik-rintik jernih yang menitis di pipinya sebelum disapu dengan segera. Dia terdiam sebentar kerana memori-memori lama bermain semula di fikirannya.

“Kenapa balik ke sini semula?” Soal Arianni tanpa memandang.

“Saya datang untuk ziarah kubur arwah ayah dan ….”

“Dan apa”

“Dan meminang awak!!!”

Arianni terdiam. Hatinya terusik.

“Sebab rindukan awak sangat-sangat” sambung Mikael Nedim berterus terang.

“Selepas bertahun-tahun tinggalkan saya tanpa sebarang berita, awak buat kejutan macam ni hari ini” Dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya. “Dan dulu awak pernah cakap yang saya tiada dihati awak”

“Masa tu saya masih keliru. Banyak yang nak saya buat untuk masa depan. Dan awak pun perlukan masa untuk tentukan masa depan awak juga. Tengoklah kejayaan awak sekarang” Balas Mikael Nedim.

“Dan awak hanya datang setelah saya berjaya macam sekarang. Kalau saya masih macam dulu, tak mungkin awak akan muncul kan” Air mata Arianni tidak lagi boleh ditahan-tahan. Dibiarkannya membasahi pipi.

“Saya balik bukan sebab awak dah berjaya. Apa yang saya ada sekarang lebih dari cukup untuk menyara awak. Saya tak perlukan semua ni. Saya datang sebab saya tak pernah lupakan awak” Ujar Mikael Nedim.

“Tak pernah lupakan saya???..Kita kan dah janji apa yang berlaku dahulu tu hanyalah lakonan semata-mata. Tak ada yang istimewa pun.”gumam Arianni mengingatkan Mikael Nedim tentang apa yang berlaku semasa zaman persekolahan mereka.

“ Kalau awak ingatkan saya, kenapa tak pernah cari saya?” Bentak Arianni lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience