BAB 11

Romance Completed 2600

Dura akur dan melangkah malas kearah meja VIP. Pekerja-pekerja tambahan lain sudah mula sibuk mengemas dan menyusun apa yang perlu. Dura lebih suka untuk menyimpan lebihan business kad,sample stok dan pamplet ke dalam kotak.

“Boleh saya simpan satu business kad Cik Arianni tu?” Dura gugup apabila ditegur mamat berjambang yang tadinya hanya sibuk bermain telefon. Acuh tak acuh dia menghulurkan kad, sebelum melihat mamat berjambang itu menghampiri Cik Arianni yang kini berseorangan di tempat pakir kereta.

“Assalamulaikum..boleh kita berbual sebentar” Mamat berjambang menegur. Arianni hanya menjawab salam dan tersenyum mengangguk. Digagahkan juga untuk melayan seorang lagi pelanggan walaupun penatnya hanya tuhan yang tahu. Tambahan pula bertudung dan berjubah bagai. Panasnya memang sangat terasa.

“Jom kita ke bawah khemah sana. Lebih selesa” Arianni ‘membaca’ pemuda berjambang tersebut sebagai pelanggan sebaik melihat kad businessnya terselit di jari pemuda itu. Dia cuma sedikit hairan kerana jarang sekali lelaki berminat dengan prodak keluaran syarikatnya.

“Encik dari mana?” soalnya sebaik duduk di kerusi.

“Saya dari Nusantara Industry. Panggil saya Mikael ” Pemuda berjambang tersebut memperkenalkan diri.

“Apa yang saya boleh bantu En. Mikael ?”

“Saya dengar yang prodak Cik Arianni ini berasaskan sayur-sayuran. Terutama sayuran tempatan bukan”

“Bukan sayuran sahaja, buah-buahan dan bunga-bungaan juga kami gunakan. 100 peratus bahan semulajadi. Ini semua hasil kerjasama saya dengan pihak kerajaan dan university tempatan” jelas Arianni lagi.

“Ada prodak yang eksport ready tak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience