BAB 1

Romance Completed 2600

Sedari tadi Nedim hanya memerhatikan ke luar jendela. Habis makan di Kantin tadi, dia meronda di kelas sebelah bawah, belakang tandas dan tempat-tempat yang menjadi tenpat rakan-rakan yang berpangkat senior merokok. Setakat ini semua ‘area’ ‘clear’ sebelum dia sempat sampai. Tapi bunyi tapak kasut berselerakan berlari jelas kedengaran awal-awal lagi.

Sebagai seorang Ketua Pelajar, dia terpaksa memegang amanah dari rakan-rakan, guru-guru dan ibu bapa. Terutama sekali dalam menjaga disiplin dan tingkahlaku rakan-rakan dan pelajar yang lainnya. Bukan dia teringin sangat pun memegang jawatan yang tertinggi di kalangan pelajar tu, tapi namanya tercalon di kalangan guru-guru. Nak dikatakan sebab pandai pun tidak, sebab aktif sukan pun tidak, rapat dengan guru-guru pun tidak. Dia hanya sederhana dalam serba serbi. Apa yang cikgu-cikgu nampak dalam dirinya pun dia tak tahu.

“Ustaz, Kat sini hang rupanya” Pojie berhenti mengambil nafas. Dia seolah-olah lepas berlari seratus meter. Ditangannya ada sebuah kotak berbalut kemas dengan kertas berwarna merah. Sekeping kad berwarna warni dilekatkan diatasnya.

“Nah..Ada kekasih bagi kat hang” Pojie menghulurkan kotak tersebut sambil tersenyum. Dia menunggu reaksi Nedim.

“Fauzi..Balik kelas awak !!!!” Suara Cikgu Nerry yang menjerit dari belakang memang mengejutkan. Sah sah guna high pitch. Berselerak semua yang masih bersantai-santai mencari tempat duduk masing-masing. Pojie terkulat-kulat senyum dan perlahan-lahan beredar. Kalau dia masih menunggu mau tercabut telinga dipiat oleh Guru disiplin itu.

Ramzam sempat membelek kotak yang diterima, sebelum diletakkan di bawah meja semula. Dalam kepalanya masih meneka-neka siapa pulak yang memberikan hadiah kali ini. Bukan pertama kali pun, dia menerima hadiah. Setiap perayaan yang melibatkan hadiah, dialah antara yang banyak menerimanya. Terutama sekali sewaktu hari kekasih. Sedikit sebanyak tergugat juga gelaran ‘Ustaz Jambu’ yang diberikan rakan-rakan sebaik membaca madah-madah yang tertulis untuknya. Cuma kali ini siapa pulak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience