BAB 10

Romance Completed 2600

“Tahniah Arianni ” itu sahaja ucapan yang sering didengarinya dari awal lagi. Datin Halimah, selaku YB kawasan tersebut sendiri yang mula-mula mengucapkan tahniah kepadanya. Dia menjemput Y.B tersebut merasmikan prodak terbarunya selain memecah tanah untuk tapak baru kedai kosmetik dan butiknya yang akan datang.

Rasa bangga dirinya apabila dipuji sebagai usahawanita muda yang berjaya. Tokoh-tokoh industri lain dan kawan-kawannya pun ada yang turut mengucapkan tahniah di twitternya. Buat pertama kalinya dia berasa begitu dihargai, setelah penat lelah yang diharunginya sebelum bergelar Jutawan sewaktu usia muda.

Pemuda yang berjambang dan berkaca mata hitam itu dari tadi lagi tidak terlepas dari memandang telefonnya. Cuma sesekali dia mengerling kearah pentas hadapan melihat siapakah yang sedang berucap. Apa yang keluar dari mulut orang yang berucap, langsung tidak dihadamnya. Cuma sederet perkataan yang memang dia akan ingat. “Usahawan wanita akan dianggap betul-betul cemerlang, kalau dia berjaya dalam menyeimbangkan antara Agama, keluarga dan bisnisnya”.Itu dia setuju sangat-sangat.

Kini hanya tinggal kerusi, khemah dan sampah-sampah yang bertaburan. Dura menyandarkan diri di kerusi berhampiran dengan bekas minuman. Sudah dua kali dia meneguk sirap bandung tadi. Lagak dia keletihan masih terkawal. Aksi-aksi luar kawalan boleh menjatuhkan maruahnya sebagai model sambilan kosmetik bosnya itu. Lagipun mamat berjambang handsome yang dari tadi bermain handphone masih belum pulang!

“Jom..Kita kemas sekarang” Murni menarik kasar tangan Dura. Dia sebenarnya malas lagi untuk berkemas, memandangkan bosnya, Cik Arianni masih lagi berbual-bual dengan beberapa VIP di tapak pakir kereta. Biar bosnya yang garang tu nampak mereka bekerja.Barulah dia tak membebel.

“Aku nak balik awal la hari ni. Dah janji dengan Saiful. Kalau setel cepat, kita boleh balik cepat” Murni merayu. Dia merancang untuk terus menonton wayang dengan teman lelakinya selepas majlis berakhir. Itu sahaja peluang yang dia ada untuk ‘berdating’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience