BAB 15

Romance Completed 2600

“Pengantin dah sedia” Tok kadi yang tadinya rancak menyoal bertanya. Semua soalannya dapat dijawab dengan betul.

“Minta saksi periksa dulu wang hantaran. Cukup atau tidak” pesannya lagi sambil memandang kearah kelompok lelaki di kiri dan kanannya.

Kedua-dua saksi kemudiannya diberikan sebuah album yang berukir cantik dengan corak keemasan. Lelaki yang berbaju dan bersongkok hitam mula memeriksa sebelum terhenti di beberapa muka surat.

“Kenapa Haji, ada yang tak kena ke?”Tanya Tok Kadi apabila melihat riak wajah “Haji”.

“Cuba tuan kadi tengok dulu. Saya tak berani nak kata apa-apa” balas lelaki yang disebut “Haji” tadi. Dia menyerahkan album tersebut ke tangan Tok Kadi.

“Laa…kenapa guna duit seratus lama ni?. Buat koleksi duit lama boleh la” Tanya Tok Kadi sambil memandang pengantin lelaki.

“Duit tu saya terima Lima tahun lepas dari orang yang sangat sayangkan saya. Duit itu juga membuatkan saya mahu berusaha untuk berjaya. Dan hari ni, duit itulah juga yang akan saya kembalikan kepada dia” Ulas Mikael Nedim. Dia sempat mengerling kepada pengantin perempuan yang mula menitiskan air mata.Memang ratu airmata dia ni.

“Boleh guna ke tok Kadi?” Haji tadi kembali menyoal.

“Jutawan kahwin dengan jutawan. Ada kita nak kisah dengan wang hantaran” Balas Tok Kadi sambil menggenggam tangan Mikael Nedim. Hadirin yang lain hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience