BAB 2

Romance Completed 2600

“Tq sebab sudi tolong saya tempoh hari. Ikhlas dari Labu ”. Nedim membaca ayat yang tertulis di kad kecil yang disertakan bersama. Mindanya mula menjana imej-imej yang bersngakutan dengan ‘Labu ’ untuk mengingatkan dirinya siapakah Labu. Setahu dia, dia tak ada kawan nama labu. Tulisan-tulisan Cikgu Nerry dipapan hitam dengan suaranya yang lantang langsung tidak mengganggu kepalanya berfikir. Fokusnya bukan lagi pada subjek yang diajar cikgu Nerry.

“ Kenapa tolak basikal ni?” Nedim menyoal sebaik memberhentikan motosikalnya. Gadis hitam manis dihadapannya berpeluh-peluh menolak basikal dengan berbaju sekolah.

“Rantai jatuh. Saya tak ada spana nak pasang balik” Jawab gadis hitam manis itu sambil tersenyum malu-malu. Dia tak menyangka Ketua Murid sekolahnya itu begitu prihatin.

“Bagi saya tengok” Nedim menongkat motosikal C70nya. Dikeluarkannya bungkusan spana yang tersimpan disebalik tempat duduk. Lengan baju sekolahnya disinsing hingga melepasi siku sebelum duduk bertinggung merapati rantai basikal.

Gadis hitam manis menjauhkan sedikit dirinya dari basikalnya. Beg sekolah dan kotak berisi sayur ditempat duduk belakang dijinjing bersama. Dia memerhatikan sahaja Ketua Murid sekolah itu memasang semula rantai basikal yang jatuh.

“Mana kawan-kawan yang lain?” tanya Nedim sambil memegang sepana. Lagaknya selaku seorang mekanik.

“Semua dah balik awal-awal lagi. Saya memang selalu balik lambat”Jelas gadis hitam manis itu. Dia sempat mengalihkan rambutnya yang terjurai ke belakang.

“Awak ni tingkat berapa? Nama siapa?” Nedim menyoal lagi, seakan pegawai polis polis pulak. Dahinya mula berpeluh dan jari-jemari kehitaman kerana memulas skru dan memasang semula rantai.

“Saya Labu, budak tingkat tiga Hijrah”

“Anak murid cikgu Wan Su la ni?” Balas Nedim dan Labu hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience