BAB 4

Romance Completed 2600

Nedim masih duduk diatas motosikalnya. Dia hanya mengangkat tangan sebaik menerima lambaian dari kawan-kawan yang mengajak pulang bersama. Pojie yang tadinya mahu menumpang motosikalnya pun disuruh pulang bersama rakan yang lain.

Suara nyanyian kecil lagu “Sha Na Na” oleh Amy Mastura kedengaran disebalik tembok. Nada yang seiring dengan rasa gembira seorang gadis yang mengusung sebuah kotak kosong.

“Labu..sini kejap” Suara Nedim membuat Labu segera berpaling. “ Ada lagi orang yang belum balik” gumamnya. Dia melipat kotak dan mengikatnya pada seat belakang basikal, sebelum berjumpa dengan Nedim.

“Ada apa Ustaz?” dia sudah berani menggunakan gelaran yang diberikan oleh rakan-rakannya kepada ketua Pelajar itu.

“Terima kasih untuk hadiah yang awak bagi hari tu. Seronok juga dapat main game macam tu” Nedim memulakan perbualan. Hadiah konsul permainanGame Tetris yang diterimanya itu tidaklah begitu membosankan.

“Mahal game tu. Tentu mak ayah awak tanya” sambungnya lagi.

“Taklah mahal sangat. Lagipun saya ada mintak diskaun. Mak dan ayah saya tak akan tanya sebab saya guna duit sendiri”

“Awak ni memang kaki bisnes. Pandai buat duit”Puji Nedim.

“Memang hobi saya berniaga. Lagipun memang sunnah Nabi kita.” Jelas Labu bangga.

Ada beberapa pelajar lain yang turut berada di tempat meletak motosikal itu. Mata mereka tidak lepas dari memandang kelibat Nedim dan Labu yang masih berbual. Ada juga yang berbisik-bisik sambil ketawa.

“Labu. Awak boleh tolong saya tak” Nedim mulai bersuara serius.

“apa yang boleh saya tolong?”

“Tolong berlakon jadi kekasih saya”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience