BAB 5

Romance Completed 4952

Kan dah cakap! Memalukan betul! Safirah merebahkan dirinya ke sofa sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Suaminya masih berada di luar. Serius, ini perkara yang paling memalukan. Kalau suaminya itu artis, confirm pagi esok dia dan Zharif menjadi tajuk utama. ‘Isteri Zharif tak pernah memasak’, ‘Cikgu Akaun tak pandai masak’.

Itu tajuk ‘better’ sikit sebab tiada namanya. Kalau ada nama dia? ANNUR SAFIRAH TAK PANDAI MASAK.

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh!”

“Wei wei wei!” sapa Zharif.

“Awak ni dah kenapa ha?” soal Zharif sebelum duduk di sofa berhadapan dengan Safirah.

“Awak tahu tak kat mana saya nak letak muka saya lepas ni? Awak tahu tak?” soal Safirah sebelum mengambil bantal

dan menekup mukanya. Malu malu malu.

“Tak tahu. Dekat mana?”

“Saya nak letak dekat Korea. Lepas tu saya tukar muka dengan orang Korea. Sebulan lepas tu, baru saya tukar balik

muka saya tu. Ya Allah, malunya aku hari ini!”

Zharif ketawa kuat. “Ha ha ha ha! Itulah, siapa suruh tak dengar cakap suami? Kan dah susah. Dapat malu besar pulak tu. Tengok saya, steady je. Malu tak dapat, dosa pun tak dapat.”

Bukkk! Safirah melemparkan sebiji bantal ke arah Zharif dan terkena pada mukanya yang handsome itu.

“Awak memang perli saya.”

“Sudahlah, Safirah. Nasib baik Rania je yang tahu. Saya harap Rania tak ceritalah dekat Farid fasal awak. Kalau tak, memang seumur hiduplah awak pakai muka Korea awak tu.”

Memang tak sangka, Rania dapat menghidu fasal dia yang tak pandai memasak. Masa kantoi tu, bukan main cemas muka. Sumpah, rasa macam nak simpan muka ni dalam sink pun ada. Nasib baik hanya mereka berdua sahaja di dapur, kalau tak memang dia pindah negara. Dan dia harap Rania dapat pegang janji yang dia takkan cerita pada sesiapa.

“Kejamkan awak ni? Dahlah. Saya nak tidur.”

“Sebelum tidur, basuh kaki dulu. Awak tu tengah datang bulan. Kang datang mimpi yang pelik-pelik nanti susah pulak saya. Maklumlah, suami mithali ni memang penyayang orangnya. Ambil berat fasal isteri katakan,” kata Zharif sebelum ketawa besar. Safirah menjeling sebelum melangkah menaiki tangga. Geram betul dengan Zharif, bukannya nak pujuk isteri malah memerli adalah. Eee, sabar jelah.

Tik! Tik! 1 message. Segera Zharif membuka mesej yang baru diterima.

‘Hi zharif ;)’

Zharif berkerut dahi. Siapa pulak ni?

‘Ye? Spe nie?’

‘Hei ni Hanna la. Tdi dkt majlis ank Farid tdi..’

Zharif tersenyum tiba-tiba.

‘Ouh awk.. Sorry tdi tk smpt nk sembang lme2. Hee’

‘Its okey lh. Sy fham.. Dh lme kte tk contct kn?’

Zharif membaringkan tubuhnya ke sofa. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.

‘Yup. 4 thun lebih dh :)’

‘So leh kite kwn balik?’

‘Npe tk leh? Kite dh lme kwn.. So keje ape skrg?’

‘Sy buke rstoran sndiri. Awk?’

‘Sy dh cpai cite2 sy. Arkitek.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience