BAB 14

Romance Completed 4952

Uii! Memang taklah dia nak izinkan suaminya itu kahwin lagi. Kalau dia izinkan, dah lama dia keluar dari rumah ini. Tapi sekarang dia berada di dapur sedang memasak untuk perutnya sendiri. Bukan untuk dirinya sahaja, untuk bayi dalam kandungan. Ya, dia mengandung 3 bulan. Dia tak nak bagitahu Zharif kalau Zharif masih lagi berkepit dengan telefon.

Tengok! Baru dua hari lepas mereka bergaduh fasal ni, tapi Zharif langsung tak nak berubah. Nak pujuk Safirah? Lagilah. Dah dua hari mereka tak bercakap, bergurau macam biasa. Memang, Zharif tak sayangkan dia lagi. Hanya mulut saja menyebut janji.

Kalau dah dua dua ego, memang sampai kiamat pun belum tentu mereka berdamai. Kalau salah seorang sebut kata maaf,

mungkin pasangannya itu pula yang mengada-ngada minta maaf. Tapi masalahnya sekarang, mereka berdua tak nak mengalah dan tak nak minta maaf. Ini memang masalah besar!

“Tak boleh jadi ni!” Safirah keluar dari dapur dan mengambil tempat di sisi Zharif. Zharif terkedu namun langsung tak ditegur isterinya itu. Bukan dia tak nak pujuk tapi dia betul-betul terasa dengan kata-kata Safirah. Disuruh berkahwin dengan kawan sendiri? Tak masuk akal. Nampak sangat Safirah tak nak dia lagi.

“Siapa saya di hati awak?” soal Safirah tiba-tiba. Zharif terkebil-kebil.

“Siapa saya di hati awak, Adi Zharif?” soal Safirah sekali lagi. Zharif memandang Safirah yang merenungnya dengan tajam itu.

“Apa maksud awak ni? Tak cukup lagi dua hari lepas? Tak puas lagi nak bergaduh dengan saya?”

“Kali ni bukan saya nak bergaduh. Awak tu, kenapa tak faham-faham lagi? Tak boleh ke awak tak contact dengan Hanna?”

“Dia kawan saya.”

“Cukuplah dengan alasan dia kawan awak!”

Zharif bangkit. Ingin pergi dari situ, malas bertengkar dengan Safirah.

“Awak nak pergi mana? Saya belum habis cakap dengan awak lagilah!”

“Awak ni kenapa ha? Nak cari salah saya je. Salah awak, awak tak nampak?” balas Zharif tanpa memandang Safirah. Safirah terkedu.

“Apa? Apa salah saya? Jadi, awak nak salahkan sayalah ni? Awak nak cakap saya apa? Cakaplah. Saya nak dengar!”

Zharif bercekak pinggang. “Saya tak tahulah awak ni adalah masalah apa. Jujur saya cakap, saya dengan Hanna tu kawan. Hanya kawan.”

“Awak anggap dia kawan, tapi dia anggap awak siapa? Awak pernah tanya dia?”

“Cukuplah, Safirah.”

Safirah menarik nafas panjang. “Awak sebenarnya memang nak kahwin dengan Hanna kan?”

Zharif berisitifar. “Awak ni.. Saya rasa better kita tak payah bercakap kot untuk beberapa hari ni. Awak tenangkan diri awak tu. Cermin sikit salah awak. Boleh tak jangan buruk sangka dengan suami? Jangan nak cemburu tak bertempat. Boleh?”

“Ya! Saya cemburu. Dia ex-girlfriend awak kot!”

“Memang ex saya. Tapi saya dah ada awak. Apa awak nak dari saya sebenarnya?”

“Tolonglah jauhkan diri awak dengan Hanna. Hanna tu suka dekat awak! Saya nampak, saya tahu!”

Zharif menggeleng kepala. “Safirah.. Safirah, cukuplah.”

“Kenapa awak tak nak faham saya, Adi Zharif?” soal Safirah dengan lemah.

“Saya dah cukup faham awak, Safirah. Awak yang kena faham diri awak sendiri. Lima bulan kita kahwin, lima bulan jugak kita asyik bergaduh.”

“Dulu awak suruh saya masak, saya selalu bagi alasan. Bila saya dah pandai masak, awak langsung tak nak hargai kerja buat saya. Apa salah saya? Kenapa awak nak pergi juga dekat Hanna? Apa yang Hanna dah buat dekat awak?”

Zharif menarik nafas panjang. “Awak nak tahu? Hanna.. dia pandai masak. Pandai pikat orang dengan masakan dia.

Awak pernah dengar pepatah, kalau nak pikat lelaki ikat perut dia dulu. Tapi apa yang awak buat dekat saya? Saya tahu, Safirah sekarang awak dah pandai masak. Tapi, too late. Saya minta maaf.”

Bukan dia sengaja nak sakitkan hati Safirah, tapi hati dia benar terluka dengan kata-kata Safirah hari itu. Dia sengaja nak uji sama ada Safirah teringin sangat ke nak tengok dia kahwin dengan Hanna.

***

“Zharif!”

“Ya?”

“Kau kat mana?”

“Aku dengan Hanna ni, kenapa?”

“Safirah! Dia pengsan dekat sekolah.”

“What?!”

Zharif memandang Hanna, Hanna memandangnya.

***

“Hanna, saya tahu awak masih sayang Zharif.”

Hanna tersentak. Dipandang Safirah yang merenungnya itu.

“Err, saya..”

“Hanna, dia suami orang. Dia suami saya. Boleh tak awak jauhkan diri awak dari dia? Boleh tak awak terima kenyataan Zharif tu cuma anggap awak sebagai kawan?”

“Tapi Safirah, awak tak faham.”

“Apa yang saya tak faham?”

“Saya cintakan Zharif sangat-sangat.”

“Saya pun sama. Awak masih muda, boleh jumpa mana-mana lelaki yang lebih baik dari Zharif. Saya kenal Zharif. Dia takkan layan orang yang tak layan dia. Dalam hal ni, awak layan dia lebih dari seorang kawan. Saya boleh izinkan awak kawan dengan dia, dengan syarat tak boleh lebih dari seorang kawan. Lagipun, Zharif akan jadi seorang ayah.”

“Ayah? Awak pregnant?”

“Yup, 3 bulan. Zharif tak tahu sebab saya selalu tak berpeluang nak bagitahu dia.”

“Saya harap awak dapat faham saya kali ni je. Saya tak mintak lebih pun. Saya terpaksa rendahkan ego saya untuk jumpa awak. Kalau tak, saya takkan jumpa awak sekarang. Kita mungkin akan bersaing kalau saya tak rendahkan ego saya. Saya buat semua ni demi Zharif dan anak kami,” sambung Safirah. Hanna tersentak.

Ingatannya pada pertemuannya dengan Safirah hilang sekelip mata apabila mendengar suara terkejut Zharif. Hanna memandang Zharif yang memandangnya dengan mata membulat.

“Kenapa?”

“Safirah pengsan! Saya kena pergi sekarang.”

“Sekejap, Zharif! Saya ada benda nak cakap.”

“Apa dia?”

“Safirah ada jumpa saya. Dia buat saya sedar saya yang salah dalam hal ni,” kata Hanna. Zharif terkedu.

“Maksud awak?”

“Saya tak anggap awak kawan saya, tapi lebih dari tu.”

“Hanna?”

“Tapi awak jangan risau. Saya boleh terima kenyataan sekarang. Saya cuma nak mintak maaf sebab saya, awak dengan Safirah bergaduh. Sedangkan dia sekarang..”

“Dia sekarang apa, Hanna?”

Hanna tersenyum. “Awak akan tahu nanti. Awak pergilah, jumpa Safirah. Dia perlukan awak sekarang.” Tak mungkin dia nak bagitahu berita gembira itu kepada Zharif. Biarlah Zharif tahu dari mulut isterinya sendiri.

Zharif blur. Namun segera dia meninggalkan restoran tersebut.

Entah kenapa Hanna begitu cepat mengalah. Kalau ikutkan, perangainya sama je macam Safirah. Tak suka mengalah. Mungkin dia dapat rasa apa yang Safirah rasa sekarang. Mungkin. Dia janji, dia takkan ganggu Safirah dan Zharif lagi. Biarlah mereka hanya kawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience