BAB 11

Romance Completed 4952

Gambar Safirah di tilit lama.

“Memang saya salah, Safirah. Saya rahsiakan hal ni pada awak. Tapi sumpah sayang, saya dengan Hanna hanya kawan.

Hati saya ni hanya untuk isteri saya.”

Perlahan jarinya mengesat air mata yang tiba-tiba mengalir.

“Ya, saya mengaku saya dengan Hanna dulu pernah bercinta. Tapi itu dulu, sebelum saya kenal awak. Sebelum saya jadi suami awak. Sekarang saya dah ada isteri, tak kan lah saya nak menduakan awak. Saya cuma nak awak, tak ada

sesiapa.”

“Kembalilah pada saya. Saya merayu pada awak, Annur Safirah. Saya merayu!”

Zharif meraup mukanya.

Tiba-tiba dia teringat akan usaha Safirah memasak untuknya. Termasuk semalam, sudah dua kali dia muntah di hadapan makanan yang dimasak oleh Safirah. Entah kenapa, dia tak boleh telan benda itu. Loyar tekaknya apabila makan masakan isterinya itu.

“Saya tak nak pun buat awak terasa hati. Tapi saya tak boleh, saya tak boleh terima masakan awak tu. Maafkan saya,” kata Zharif perlahan.

++

“Awak mengandung ke ni, Safirah?” soal Irdina. Safirah yang baru sahaja ingin membasuh pinggan itu terkedu. Ha?

Mengandung? Sejak bila pulak?

Safirah memandang kawan sekerjanya itu dengan pelik. “Apa awak merepek ni, Dina?” soal Safirah sebelum ketawa

kecil.

“Serius ni. Susuk tubuh awak lainlah. Awak nampak berisi. Perut awak pulak macam.. buncit sikit. Awak tak pergi

check-up ke?” soal Irdina.

“Eee awak ni, memang taklah saya pregnant. Tak tunjuk tanda-tanda pregnant pun. Lagipun, saya tak pernah muntah, alahan, mengidam ke apa ke. Tak ada pun semua tu,” balas Safirah. Irdina mengecilkan matanya.

“Ye ke? Suami awak tak kena alahan ke?”

Mata Safirah membulat. “Tak adalah!” Eh kejap, Zharif selalu muntah bila makan masakan aku. Maknanya, masakan aku

ni jadi alahan untuk dia?

“Kejap, tapi suami saya..”

“Haaa, kan dah cakap. Pergilah buat check-up. Lepas tu awak baliklah ke pangkuan suami awak tu,” kata Irdina.

“Awak menghalau saya ke, Irdina?”

Semalam dia sengaja ke rumah Irdina kerana hanya Irdina dia rapat di sekolah. Nasib baik Irdina menyambut

kedatangannya dengan baik, kalau tak entah ke mana dia nak pergi. Hotel? Mahal kot. Nak save bajet ni.

“Bukan menghalau tapi bila saya dengar cerita awak semalam tu, saya dapat rasa Zharif pergi dekat Hanna sebab dia

cuma nak makan. Awak pun satu, yang baru belajar masak lepas 4 bulan kahwin tu kenapa?”

Safirah mencebik. “Saya baru belajar sebab nampak Zharif tu macam tak nak duduk dekat rumah je. Selama ni okey je

dia duduk rumah. Kadang-kadang, dia yang masak untuk kiteorang. Tapi lepas kenal dengan Hanna tu, memang selalu

jugaklah keluar hujung minggu.”

“Itulah. Kita ni sebagai isteri kalau nak pikat hati suami, kena ikat perut suami tu. Kita kena pandai masak.

Lelaki sekarang ni, mula-mula memanglah dia terima kekurangan kita yang tak pandai masak ni. At last, dia tetap

akan cari air tangan orang yang dia kenal.”

“Maksud awak?”

“Macam awaklah. Takkanlah awak nak pergi makan dekat kedai yang awak tak kenal setiap hati. Kenal pun tak. Entah

solat ke tak tukang masak tu. Tapi kalau awak kenal dengan tukang masak tu, awak tahu dia baik ke apa ke, mestilah

awak nak makan dekat sana setiap hari kan?”

Safirah mengeluh perlahan. “Yang tulah saya cemburu tu. Saya rasalah, Zharif tu elergic dengan air tangan saya

kot.”

“Dia elergic sebab awak pregnant kot. Pergilah check-up nanti ya?”

“Hmm, okey.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience