BAB 12

Romance Completed 4952

“Safirah sayang, pulanglah.”

Zharif bersandar pada sofa. Tak tahu nak buat apa. Biasanya, pagi ini memang dia akan pergi ke restoran Hanna tapi kalau isteri pun entah ke mana, tak mungkin dia akan pergi. Sudah berapa kali telefon Safirah, langsung tak berjawab.

Kikk! Pintu tertutup. Zharif menoleh ke belakang. Bulat matanya memandang Safirah bersama bagasi yang besar. Dan tudung di kepala. Safirah bertudung?!

“Sayang? Safirah?!”

Safirah berkerut dahi memandang Zharif yang.. Eee, tak mandi lagi ke apa? Dah masuk tengah hari kot! Safirah memandang Zharif atas bawah. Baru sahaja Zharif ingin memeluk isterinya itu, Safirah menoleh.

“Eee, busuknya! Mandi tak lagi ni ha?”

Zharif memandang dirinya. Memang busuk! Eh, dia dari pagi tadi tak mandi kot! Dapat panggilan dari Farid, tak senang duduk dibuatnya. Apatah lagi dia tengok kereta Safirah tak ada.

“Awak pergi mana sayang?”

Safirah berkerut dahi. “Pergi mana? Rumah Irdina. Kenapa?”

Confirm! Mesti Zharif ingat dia lari rumah. Okey, memang dia lari rumah pun. Tak nampak beg bapak besar ni?

“Bawak beg besar ni kenapa?”

“Kenapa? Awak ingat saya lari dari rumah ke?”

Zharif terdiam. “Saya minta maaf fasal Hanna. Betul, saya dengan Hanna kawan je.”

Ouh, tak tanya pun. Jawab Safirah dalam hati. Dia segera menarik bagasinya dan melangkah meninggalkan Zharif. Belum sempat kakinya ingin menaiki tangga, dia dipeluk dari belakang.

“Eee apa ni? Lepaslah. Dah la busuk. Pergilah mandi dulu kalau nak jiwang pun.”

Zharif segera melepaskan pelukannya. Woi, dia tengah bahagia ni! Maklumlah bini balik ke pangkuan suami. Hehehe. Dia hanya tersenyum memandang wajah berkerut Safirah.”

“Janganlah lari rumah lagi.”

Safirah terkedu. “Mana ada saya lari rumah. Eee awak ni.”

“Sayang. Lapar.”

Safirah gigit bibir. “Okey, pergilah mandi dulu. Nanti kita masak sama-sama okey?”

“Tak nak. Nak awak je yang masak.”

Safirah hanya akur.

***

Buat kali ketiga, bluweeeeeek.

“Sayang sorry!” Zharif menjerit. Segera dia berlari menuju ke sink. Safirah hanya menggeleng kepala. Dia dah tahu ini yang akan terjadi. Sebab tu dia masak sikit. Cukup untuk dia seorang je yang makan.

Bluweeek. Safirah mengusap belakang Zharif.

“Awak ni tak sihat? Baru semalam jumpa doktor.”

“Saya tak tahu. Sorry, saya tak dapat telan masakan awak tu.”

“Its okey. Tak kisah. Dah terbiasa.”

“Jangan cakap macam tu.” Zharif menutup paip.

“Minggu depan ikut saya pergi klinik boleh?”

“Buat apa? Awak sakit ke?”

Tak sabar rasanya nak ajak suaminya mengikutinya untuk buat check-up. Serius, dia tak sangka sekarang dia sedang berbadan dua. Dan yang paling dia tak sangka, suami dia yang kena alahan. Tapi takkanlah sampai tak boleh nak terima langsung masakan aku. Hahaha, tak apa. Janji aku dah jadi ibu!

“Ya, kena buatan orang. Tak apa, minggu depan kita pergi okey?”

Mata Zharif membulat. “Buatan orang? Kita jumpa ustazlah awak. Bahaya ni.”

Safirah hanya diam. Malas nak cakap banyak. Sesungguhnya sekarang ini dia sedang mengantuk. Semalam dekat rumah Irdina tak dapat tidur lena. Fikirannya hanya pada Zharif dan Hanna.

“Hanna, apa kau nak dari suami aku?” soal Safirah sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience