BAB 1

Romance Completed 4952

“Cikgu, hari ni cikgu masak apa?” soal salah seorang daripada pelajar kelasnya. Safirah tersentak. Aduh, soalan cepumas ni! Perlu ke tanya soalan yang melemahkan semangat aku?

Safirah hanya mengukir senyuman sebelum meneruskan kerja menanda buku latihan pelajarnya.

“Cikgu, cikgu tak nak buat rumah terbuka ke? Saya tak pernah pergi rumah cikgu. Hari raya hari tu cikgu tak jemput pun kiteorang datang rumah,” seorang lagi pelajar lelaki bersuara. Kali ini pelajar lain. Safirah mengeluh dalam diam. Sumpah, soalan yang berkaitan dengan makanan, masakan dan makan luar memang sensitif baginya.

“Tengoklah dulu, nanti saya inform balik dekat korang.”

Safirah menunduk. Hanya memandang pada buku di atas meja itu. Hish, tak boleh jadi ni! Entah apa yang malang sangat nasibnya dapat pelajar tingkatan 4 yang banyak tanya macam pelajar di hadapannya sekarang. Kalau boleh, hal peribadi pun nak tanya. Rasa nak lempang pun ada, tapi pelajar kot. Lainlah kalau pelajar tu buat salah besar. Memang tak teragak kot dia nak lempang.

Pada petang itu, Safirah sampai rumah agak lewat. Dia berkerut dahi sebaik sahaja sampai di rumah moden dua tingkat itu. Kereta suaminya sudah tersadar di depan rumah. Eh? Safirah segera turun dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah. Awal pulak dia balik hari ini. Mesti memasak lagi ni.

“Awak! Oo awak!” dia menyeru suaminya.

“Eh!” Dahinya berkerut. Sedapanya bau!

“Sayang, saya ada dekat dapur ni,” suaminya menjawab. Safirah segera melangkah ke dapur.

“Awak buat apa ni?” soal Safirah dengan kerutan di dahi. Walhal, dia dah tahu apa yang suaminya itu sedang buat. Dah nampak dengan mata sendiri kot. Ish ish ish.

“Memasaklah.”

“Kenapa tak beli je? Tak adalah susahkan awak macam ni.”

Zharif hanya tersenyum. Malas nak jawab soalan isteri yang dinikahi dua bulan yang lepas itu.

“Awak masak apa?”

“Masak simple je. Asam pedas ikan tenggiri. Nanti awak tolong goreng ayam okey? Saya belum solat asar lagi ni,” kata Zharif tanpa memandang reaksi terkejut Safirah.

“Awak! Perli saya ke?” soal Safirah dengan nada mendatar. Zharif terkebil-kebil.

“Perli apanya? Saya cuma mintak tolong kan.”

“Awak ni macam tak tahu, saya mana pandai masak. Ni nak suruh saya goreng ayam ni, teringin nak makan ayam hangus ke apa?”

Zharif terkedu. “Laaa, dah dua bulan kita kawen. Saya dah banyak kali ajar awak macam mana nak goreng ayam hari tu kan? Takkan tak boleh goreng lagi?”

“Eeee awak ni! Memang mengadalah. Awak je la goreng. Saya letihlah. Dekat sekolah tadi ada banyak meeting. Lepas tu budak-budak tu semua tak pandai buat akaun. Dah banyak kali ajar, still tak faham-faham lagi. Stres gila,” balas Safirah panjang lebar. Zharif hanya diam mendengar.

“Sayang nih, tolonglah saya goreng ayam. Tak baik melawan cakap suami. Awak goreng sekejap je, lepas saya solat saya uruskan semuanya. Lepas makan, macam biasa awak basuh pinggan. Okey?”

Safirah mengangguk dalam keadaan paksa. “Tapi jangan marah okey kalau saya goreng hangus.”

“Janganlah goreng hangus. Pandai-pandailah. Lagi satu, nanti bila asam pedas ni menggelegak tolong tutup api ya? Jangan biar kering pulak,” balas Zharif sebelum melangkah keluar dari dapur. Safirah hanya memerhati langkah suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience