BAB 4

Romance Completed 4952

Dahi Safirah berkerut. “Kenapa pergi malam? Pergilah petang ni. Saya pun tak ada kelas ni.”

Zharif menjongket bahu. “Perlu ke pergi awal kalau kita tak dapat tolong diorang pun?”

Safirah merengus perlahan. “Tak perlulah nak hina sangat. Pergi je la awal, nanti dekat sana pandai-pandailah saya cover. Ataupun saya just tolong susun pinggan or basuh pinggan ke apa ke? Saya pandailah.”

“Tak perlu. Malam nanti kita pergi.”

“Eeei, suka hati awaklah!” Safirah bangkit dari kerusi dan melangkah menaiki tangga. Meninggalkan Zharif yang sedang duduk di sofa sambil menonton tv.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Farid. Aduh! Mesti nak ajak pergi rumah dia awal-awal.

“Hello, weh?”

“Kau kat mana? Rania dah berbunyi ni, sebut nama Safirah.”

Zharif garu kepala. “Err, aku datang lewat sikit kot. Ni, Safirah dia pening kepala. Tiba-tiba aje. Aku memang dah nak pergi tadi tapi bila tengok keadaan dia macam tu, tak sampai hati pulak. Tak apa, malam nanti aku datanglah.”

“Ye ye je kau ni.”

“Eh betul la. Takkan aku nak tipu kau pulak kan?”

Tiba-tiba..

“Hello! Farid, nanti saya suruh suami saya ni pergi rumah awak sekarang. Dia ni memang banyak alasan. Tak apa, pening saya dah okey. Dah tak ada rasa loya ni,” kata Safirah. Zharif yang masih terkejut apabila telefonnya dirampas tiba-tiba hanya diam mendengar.

“Okey, terima kasih. Suruh Rania tunggu saya.”

Panggilan dimatikan. “Awak tahu tak menipu tu berdosa? Munafik awak tahu tak?” kata Safirah lalu memberikan telefon itu kepada suaminya. Zharif dengan keadaan blur menyambut telefon tersebut. Kata-kata yang dilemparkannya tadi langsung dia tak sedar bahawa dia juga pernah menipu sebelum ini.

“Awak ni dah kenapa?” soal Zharif.

“Kenapa apa?”

“Awak memang nak malukan diri awak dekat sana ke apa?”

“Apa susah? Kita belilah makanan dekat tepi jalan nanti. Pergi kedai kek ke, apa ke? Susah? Tak boleh fikir? Macam

tu?”

“Eee, awak ni. Kecik besar kecik besar je saya nampak ni,” kata Zharif tiba-tiba.

“Kecik besar kecik besar eh? Whateverlah. Cepatlah siap, saya dah tak sabar nak ‘masak’ dekat sana ni.”

“Ooo, nak masak ye? Okey, sampai dekat sana nanti jangan minta tolong saya kalau awak tak boleh nak cover yang awak tu tak pandai masak,” balas Zharif lalu bangkit dari kerusi.

“Amboi amboi awak, sedap betul awak menghina saya ni ya? Mentang-mentanglah Asam Pedas awak hari tu tak menjadi awak nak hina sayalah?”

Zharif memandang Safirah atas bawah, atas bawah.

“Saya bukan nak mengungkitlah, Annur Safirah tapi saya bersyukur sangat selama ni saya tak mintak awak tolong saya masak. Fasal ayam rentung hari tu, saya rasa tu last saya izinkan awak pegang kuali. Awak faham kan maksud saya ni?” soal Zharif dengan senyuman yang agak senget di bibir. Safirah yang mendengar kata-kata itu berkerut dahi.

“Bukan nak mengata suami sendirilah, Adi Zharif tapi honestly saya pun bersyukur sangat saya dapat suami yang pandai masak. Duit yang saya dah rancang untuk beli makanan dekat luar pun dah save sikit. Lepas ni, awak kena balik awal sikit untuk masak asam pedas ikan tenggiri awak tu. Maklumlah, lepas kejadian hari tu kuali tu sikit pun tak bergerak.” Safirah tersengih penuh makna. Wajah Zharif dipandang dengan penuh rasa geram.

Sejak kejadian hari tu, entah kenapa Zharif macam fobia nak masak. Asam Pedas Ikan Tenggiri adalah masakan terakhir yang dia masak bulan ini. Fobia belum hilang lagi. Mungkin lepas ini akan ada masakan lain. Mungkin.

“Oh, saya rasa saya kena pegang title suami mithali agaknya. Macam sedapnya title tu kan awak? Untuk awak, saya tak tahulah title apa yang sesuai. Cikgu akaun tak pandai masak? Tapi title tu macam panjang sangatlah.Ya, saya tahu! Title Safirah Tak Pandai Masak. Yang tu sesuai kot untuk Annur Safirah kita ni.”

Safirah bercekak pinggang. Sabar, sabar dan sabar!

“Ouh sedapnya title tu! Kan Adi Zharif kan? Saya suka sangat.”

Safirah kacip gigi. Ya Allah, kecik besar kecik besar betul dia nampak suami dia sekarang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience