BAB 2

Romance Completed 4952

Restoran Firdaus. Safirah memandang Zharif yang bersandar dengan telefon bimbit di tangan. Ha ha, itulah padahnya apabila membiarkan isterinya yang langsung tak ada pengalaman dalam bab memasak itu memasak sendirian. Okey, pengalaman dah banyak tapi langsung tak nak belajar dari kesilapan. Kalau fasal pelajar yang tak nak belajar dari kesilapan, membebel, marah dan sebagainya. Bila tiba giliran dia? Padan muka.

“Awak, makanlah.”

Zharif diam. Telefon bimbitnya di letak di atas meja. Malas nak bercakap dengan isteri. Entah kenapa, sakit betul hati dia bila isteri dia cakap ayam yang digoreng boleh hangus. Bukan setakat hangus, dah boleh dilabel sebagai ayam rentung. Lagi sakit bila isterinya dengan selamba je cakap Asam Pedas Ikan Tenggirinya itu kering kontang dan ikan macam.. Ah! Tak tahu dah nak cakap macam mana.

“Tak payahlah marah saya lagi. Saya tahulah saya salah,” Safirah bersuara.

“Macam mana saya tak marah? Saya sanggup mintak dengan bos nak balik awal. Lepas balik kerja, saya terus pergi pasar beli ikan dan ayam tahu tak? Bila saya penat-penat masak, awak rosakkan macam tu je. Sakit hati saya ni.”

Safirah mencebik. “Eleh, baru masak sikit. Orang lain masak banyak, takdelah mengeluh macam awak. Awak tu mengada je lebih.”

Mulut Safirah dipandang dengan geram. Ya Allah! Dengan selambanya je dia cakap macam tu? Dia tahu tak dengan siapa dia bercakap ni? Dia tahu tak?!

“Saya masak tak ada hasil. Orang lain masak ada hasil. Perut boleh kenyang. Saya masak, apa yang saya dapat? Lapar tau tak?”

Safirah sekali lagi mencebik. “Siapa suruh saya? Saya dah cakap, saya tak pandai masak. Lepas tu nak marah saya. Sekarang ni salah awak, bukan salah saya.”

“Sekarang makanan dah ada depan mata, makan je la. Nanti mengadu pulak lapar perutlah, apalah. Macam-macam ragam pulak nanti,” sambung Safirah.

Okey Zharif, better kau diam. Mulut isteri kau ni memang tak ada insurans. Sabar, sabar dan sabar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience