BAB 3

Romance Completed 4952

“Cikgu! Cikgu pandai tak masak tom yam?”

Safirah berkerut dahi mendengar soalan daripada pelajar perempuan yang duduk di meja depan, berdekatan dengan meja guru.. Nak tanya resepi ke apa ni?

“Kenapa?” soal Safirah. Pelajar yang bername-tag Khalisah itu dipandang.

“Tak. Saya teringin sangat nak masak sendiri. Mak saya tu, setiap hari sibuk dengan bisnes. Selalu beli dan bungkus makanan. Bosan tau, cikgu.”

“Ouh,” mulut Safirah membulat. Macam kisah aku pun ada, hehe. “Apa kata awak search dalam internet. Dalam tu banyak resepi. Biasa saya google aje, senang. Menjadi pun menjadi. Awak trylah ya?”

Khalisah mengangguk laju. “Terima kasih cikgu, nanti saya bagitahu cikgu kalau masakan saya tu menjadi atau tak.”

Safirah hanya tersenyum. Gila! Kau tipu pelajar kau, Fira? Kejam cikgu macam ni. Macam mana nak dapat berkat. Alahai, munafik betul.

***

“Kau jadi datang tak rumah aku malam ni?”

Zharif berkerut dahi mendengar soalan Farid. “Buat apa rumah kau?”

Farid tepuk dahi. “Sejak bila kau jadi pelupa ni? Bini kau bagi kau makan semut ke apa?”

Zharif tersentak. Hei, bini ‘bagi makan’ kau jangan sebut. Sensitif betul telinga ini. Bisik Zharif dalam hati. Kalaulah Farid tahu dia tak pernah makan air tangan isteri, apa reaksinya ya? Bukan setakat makan, minuman pun isterinya tak pernah buat. Entah macam mana dia boleh jatuh cinta dekat Safirah dulu.

“Weh, kau dengar tak ni?!” sergah Farid sebelum menepuk bahu Zharif dengan kuat.

Zharif tersentak. “Ya ya ya, aku dengar. Nanti aku datanglah.”

Baru dia ingat malam ini sahabatnya itu mengadakan jamuan untuk menyambut ulang tahun anak sulungnya itu. Untunglah, dah besar anak sahabatnya itu.

“Kau datang awal la sikit. Kau maghrib dekat rumah aku pun tak kisah. Safirah boleh tolong Rania masak. Rania nak buat ala-ala kampung sikit and western. Safirah mesti tahu masakan western kan? Mungkin dia boleh tolong buat spageti ke, pasta ke? Kau datang awal eh?”

Zharif terasa ada batu yang menghempas kepalanya. Ya Allah! Sakit betul kepala ini mendengar kata-kata Farid.

Bukan nak marah Farid berkata-kata seperti itu tapi dia tak dapat nak terima kenyataan bahawa isterinya tak pandai masak. Aduh, aku nak jawab apa dekat Farid ni?

“InshaAllah kalau Safirah balik sekolah awal. Kau pun tahu kan, cikgu akaun ni banyak kerja dekat sekolah dia. Kalau petang ni dia tak ada kelas, aku pergi awal la kot,” balas Zharif.

“Kelas apanya, Rif? Esok hari Sabtu kot. Mestilah petang ni tak ada. Kau ni pun,” kata Farid lalu menggeleng kepala perlahan. Zharif diam. Hmm.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience