BAB 7

Romance Completed 4952

“Awak nak pergi mana? Hari Sabtu ni kot.”

“Saya nak keluar sekejap. Nak pergi makan.”

Safirah berkerut dahi. “Awak bolehkan makan dekat rumah?”

“Tak ada apa yang nak saya makan dekat sinilah. Lagipun, kalau saya masak awak bukan makan pun. Puasa gantikan?

Saya makan dekat luar sajalah,” balas Zharif sebelum menyarung selipar di kakinya. Safirah hanya memerhati.

“Tolong bungkus makanan dekat saya. Saya tak tahu nak berbuka apa petang nanti,” kata Safirah. Zharif hanya mengangguk sebelum melangkah memasuki perut kereta.

Entah kenapa, dia nampak Zharif berubah sejak majlis di rumah Farid. Zharif kurang bergaduh dengannya, kurang bergurau dengannya. Dan yang paling penting, kurang memasak di dalam rumah sendiri. Zharif selalu berkepit dengan telefon bimbitnya itu. Ada something ke?

“Ish, tak mungkinlah dia nak curang dengan aku.”

Safirah menafikan kata hatinya. Segera dia menutup pintu dan meneruskan aktiviti hujung minggunya. Apa lagi kalau bukan tengok tv. Hehe.

***

Dua bulan berlalu.

“Ya Allah, Rania! Terkejut saya. Saya ingat siapa yang datang tadi.”

Safirah segera mengambil anak kedua Rania yang berusia 1 tahun itu. Rania dan juga anak sulungnya, Afifa segera diajak duduk di sofa berwarna biru itu. Rania hanya mengangguk kepala dan menarik Afifa mengekorinya.

“Eh, Farid pun ada?” berkerut dahi Safirah melihat Farid yang baru muncul di pintu utama. Farid terkebil-kebil.

“Kenapa pula? Di mana ada Rania di situ ada saya,” balas Farid membuatkan Safirah tersengih kelat. Dipandang Rania yang sudah berkerut dahi.

“Fira, mana Zharif?”

Safirah terdiam seketika. “Err, baru je dia keluar. Setengah jam yang lalu. Dia cakap dia keluar dengan Farid. Ada kerja yang nak dibincangkan. Sebab tu saya terkejut awak datang sekali ni, Farid,” balas Safirah.

Giliran Farid berkerut dahi. “Ya Allah, mana ada kerja. Hari ni hari Ahad, orang lain duk enjoy dekat rumah. Ke

mana pulak dia pergi,” balas Farid.

Safirah tersenyum. Senyum paksa! Tak mungkin dia nak cerita dekat Farid dan Rania bahawa Zharif memang selalu keluar hujung minggu.

“Duduklah dulu, Farid, Rania. Saya ke dapur sekejap, nak buat air.”

Safirah memberi Afif yang berada dalam dukungannya kepada Farid. Rania segera bangkit dari sofa. “Abang, jaga Afif

dengan Afifa kejap. Saya nak tolong Fira.”

Farid hanya mengangguk. Sebaik sahaja kelibat Safirah dan Rania hilang dari pandangan, dia mengeluarkan telefon

bimbitnya. Dia ingin menelefon sahabatnya itu.

Di dapur.

“Saya nak cakap malu, Rania. Tapi saya rasa saya nak belajar masak dengan awaklah. Itu pun kalau kita ada masa

freelah,” Safirah mengeluarkan hasrat hatinya yang dah sebulan dia pendam.

“Serius? Boleh. Apa salahnya? Lagipun, minggu depan start cuti sekolah. Jadi bolehlah kita belajar memasak,” balas

Rania dengan bersungguh-sungguh. Safirah hanya mengangguk kepala tanda setuju.

“Kalau awak nak tahu, Rania. Ini first time saya buat air untuk tetamu yang datang ke rumah saya. Selama ni,

Zharif yang tolong buatkan. Tapi, sejak kebelakangan ni dia jarang ada dekat rumah. Kalau sesiapa datang, memang

saya yang akan buat air. Kalau tak, memang lari tetamu saya,” cerita Safirah sebelum ketawa kecil. Tiba-tiba

hatinya rasa sebak. Ya Allah, kenapa dia rasa tak sedap hati sekarang?

Rania hanya mendengar. Dia yakin, Safirah mungkin tak tahu apa yang sedang berlaku pada suaminya sekarang. Tapi dia tak akan masuk campur. Dia takkan sesekali menceritakan kepada Safirah bahawa Zharif selalu lepak di restoran bekas teman wanitanya. Biarlah Safirah tahu sendiri. Daripada siapa, biarlah Allah yang tentukan.

Di ruang tamu.

“Weh, kau dekat mana?” soal Farid sambil mengintai ke arah dapur. Mana tahu, tengah bercakap tiba-tiba Safirah keluar dan mendengar perbualan mereka.

“Aku on the way nak pergi jumpa Hanna ni. Kenapa?”

“Ya Allah! Lepas tu kau cakap dekat Safirah yang kau nak jumpa aku? Macam tu?”

Zharif di sebelah talian berkerut dahi. “Macam mana kau tahu?”

“Aku dekat rumah kau sekarang! Safirah bukan main terkejut aku datang kau tahu tak?”

“What?! Weh, macam mana ni?”

“Macam mana kau tanya aku? Yang kau menipu Safirah tu kenapa? Tak perlu kot kau kaitkan nama aku. Bahayalah kau ni!”

“Eee kau ni, okey okey. Aku balik sekarang!”

Tuuut. Panggilan dimatikan. Farid menggeleng kepala perlahan. Kesal dengan perubahan Zharif sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience