BAB 6

Romance Completed 4952

“Cikgu! Saya dah pandai masak.”

Safirah yang baru sahaja ingin melangkah keluar dari kelas itu berkerut dahi. Safirah memandang pelajarnya, Khalisah yang sudah menunjukkan senyuman lebar. Jelas ada sinar bahagia di situ.

“Wow, baguslah.”

“Lepas saya masak tu kan, mak saya puji. Dia cakap dah lama dia tak masak. Start hari tu la, dia memasak balik. Walaupun air tangan dia dah tak macam dulu, tapi saya suka. At least mak saya masak untuk saya,” panjang lebar Khalisah menceritakan pengalamannya itu.

Tiba-tiba hati Safirah terdetik, dia tak pernah mencuba untuk memasak. Dia tak pernah ‘ikat perut’ suaminya dengan air tangannya sendiri. Dia tak pernah tolong suaminya masak. Masih dia ingat kejadian yang lepas. Memang sengaja dia goreng ayam hingga hangus. Memang sengaja dia membiarkan asam pedas suaminya itu kering supaya suaminya tidak

menyuruhnya memasak lagi. Kejam betul aku sebagai seorang isteri.

Safirah mengeluarkan telefon bimbitnya sesampai di bilik guru. Dia duduk di tempatnya sebelum menelefon suaminya. Tiba-tiba teringin nak makan tengah hari bersama Zharif. Rindu pun ada, hehe.

“Assalamualaikum awak.”

“Waalaikumusalam. Ya, ada apa?” Mati senyuman Safirah. Macam tu je dia balas? Macam tu je?

“Buat apa?”

“On the way nak pergi makan dengan Farid ni. Kenapa?”

“Ouh, saya ingat nak ajak awak lunch sama-sama dengan saya. Tapi awak dah keluar dengan Farid tu, mybe lain kali la kot,” balas Safirah.

“Ouh, tak apa. Lain kali boleh.”

Sekali lagi senyumannya mati. “Macam tu je awak balas?” soalnya perlahan.

“Ha? Awak cakap apa? Tak dengarlah.”

“Er, tak ada apa-apa. Okeylah, nanti jumpa dekat rumah.”

“Okey.”

“Kejap!!”

“Ya?”

“Awak nak saya bungkus makanan tak?”

“Tak apa, nanti saya bungkus.”

“Yelah.”

“Okey, tata.”

Tuutt. Panggilan putus. Safirah mengeluh perlahan. Tak pernah Zharif bersikap macam ini. Biasanya Zharif akan mengucapkan kata-kata sayang. Mungkin Zharif sibuk kot, lagipun Farid ada dekat sebelah. Tak mungkinlah dia nak

jiwang depan kawan sendiri kot. Safirah cuba bersangka baik.

++

“Kenapa?” soal Farid.

“Safirah ajak lunch sama-sama.”

“Kenapa tak ajak?”

“Ish, kita nak pergi restoran jauh kot. Lain kali boleh. Takkan la kita nak u-turn balik. Nanti traffic jammed

pulak, susah kita nanti.”

“Pelik, selama ni kau tak pernah keluar lunch dengan dia.”

Zharif menjongket bahu. “Entah. Selama ni aku ajak, selalu dia bagi alasan ada kelas. Hari ni mungkin kelas dia

habis awal kot. Ataupun jadual dia tak penuh.”

“Macam tu pulak. Kau cakap tak dekat dia yang kau nak pergi restoran ex-girlfriend kau ni?”

Zharif menampar lengan Farid. “Kau ni, jangan ajar diri kau sebut ex-girlfriend. Nanti terkeluar depan Safirah

memang mampus kau.”

“Eh, sebelum kau nak mampuskan aku, kau dah mampus dulu dengan Safirah okey,” balas Farid sebelum dia gelak besar. Zharif mencebik sebelum turut menyertai Farid gelak. Betul juga kata-kata Farid, ha ha ha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience