Bab 20

Romance Completed 45931

"Assalamualaikum, Sya"tegur Hariz.

"Waalaikumsalam"aku tersenyum ke arahnya.

"Anak menakan hang ka?"soalnya.

"Yap, anak kak long aku"jawabku.

"Hang macam mana sihat?"

"Sihat ja"ujarku tenang. Dalam hati malu nak jumpa dia.

"Buat apa sekarang?"

"Tak buat apa-apa pun. Cuma buat bisnes ja sekarang"

"Ouh"

"Cikgu Hariz, nak salam"ujar seorang budak lelaki.

"Aku mintak diri dulu, ada kerja lain nak kena buat"ujarku.

"Ok"aku kemudian beredar dan masuk ke dalam kereta dan terus membawa kereta jauh dari kawasan sekolah. Aku berhenti seketika di tasik. Aku mencari tempat untuk duduk. Seketika, aku termenung.

"Kenapa la hati aku ni? Kau boleh duduk diam tak"marahku kepada diriku akibat terlalu mudah jatuh hati.

"Haish kenapa la aku tak boleh lupakan hang Hariz?"

"Ka memang hang dah berkampung dalam hati aku ni?"

"Amirul, betul ka dia jodoh saya?"

"Betul ka awak bukan sesiapa bagi hati saya?"

"Haish kenapa aku perlu fikir macam tu? Aku patutnya bersujud meminta pertolongan dari atas bukan pada manusia"

"Ya, Allah. Dah pukul 8.30. Aku dah lambat bukak kedai"aku terus pulang ke rumah untuk mandi dan menukar baju. Dan ke bakeri kesayanganku. Tak senonoh kan. Siap jumpa bekas crush tapi tak mandi. Wow tak ku sangka.

************************************

"Cantik betul ciptaan tuhan"ujar Hariz dimejanya. Apabila terfikirkan Hani Syafira.

"Ha bercakap apa tu Cikgu Hariz?" ujar rakan sekerjanya Cikgu Amran.

"Tak dak apa aih"cover la. Malu. Cakap sorang-sorang.

"Dah jom. Nak makan tak?"ajak cikgu Amran

"Dah waktu rehat ka?"

"Ya Allah. Ya la cikgu oiii. Waktu rehat sekarang. Awak termenung apa tadi Cikgu Hariz?"

"Tak dak apa aihh"termenung punya pasal sampai lupa nak makan. Dalam perjalanan ke kantin....

"Hariz boleh saya nak tanya? Tadi kan saya ada dengar gosip kata awak bersembang dengan seorang perempuan pagi tadi?"soal Amran.

"Ouh yang tu kawan zaman sekolah rendah saya"

"Awak bercinta dengan dia ka dulu?"tanya Amran secara tiba-tiba.

"Eh taklah kebetulan sahaja tadi berjumpa semasa dia hantar anak menakan dia ke sekolah"

"Siapa nama anak menakan dia? Kelas apa?"

"Kenal tak Mia Kaisara kelas 3 Dinamis?"

"Kenal"

"Budak tu la anak menakan dia"

"Ouh. Ok la kalau macam tu. Jomlah ambik nasi dan lauk. Kita dah sampai kantin"

"Ok"

Waktu malam,

"Umi, umi ada nombor Ibu Sya tak?"soal Hariz.

"Sya yang mana eh?"soal ibunya kembali.

"Sya kawan along dulu. Umi selalu bersembang dengan ibu dia jugak"

"Ouh ada-ada,kenal. Sampai sekarang umi masih contact dengan ibu dia. Ni kenapa tiba-tiba tanya?"

"Ok macam ni sebenarnya along terjumpak dia tadi. Tak, yang sebenarnya dah dua kali. Satu masa ambik Haziq dekat airport. Yang kedua tadi dekat sekolah"terang Hariz.

"Ok lepastu?"

"Along terus terang jerlah umi. Macam ni. Sebenarnya, along suka Sya dah lama sejak sekolah rendah"

"So?"

"So along cadangkan umi try tanya ibu Sya, Sya kerja dekat mana sekarang"

"Kenapa nak tanya Sya kerja dekat mana pulak?"

"Ok macam ni. Dipendekkan cerita, Hariz nak ngorat Sya"

"Ouhh. Macam tu. Beres. Umi sokong. Nanti umi tolong ya?"

"Thanks umi"

"Welcome"Hariz berlalu dan masuk ke dalam biliknya.

"Hailah anak kamu faham jugak apa yang umi nak selama nih. Aku kena rancang ni dengan Masitah. Bagi kahwin ja terus. Tak payah nak susah-susah ngorat bagai. Hehehe"ujar umi di dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience