Bab 15

Romance Completed 45931

Tiga minggu kemudian...

Aku sekarang berada di bakeri. Aku harini menjadi cashier dan kakakku berada di dapur menyiapkan tempahan. Dia pun lately ni cepat letih. Berbadan dua dah sekarang, anak yang keempat. Huhuhu dapat anak menakan lagi. Tapi sekarang aku tengah gelisah memikirkan Amirul. Senyap tak dak khabaq berita sejak kami berdua balik dari Penang haritu. Hati aku tak berapa senang macam ada benda buruk nak jadi.

"Hang kenapa ngah? Kak long tengok hang macam gelisah ja"ujar kakakku yang baru keluar dari dapur.

"Tak lah orang rasa macam tak sedap hati. Macam ada benda buruk nak jadi"

"Mainan hati hang ja tu. Ni ibu ada tanya Amirul ada call hang tak? Sebab selalunya tiap dua minggu dia akan call ibu walaupun sekejap. Tapi ni dah lama. Hampa gaduh ka?"soalnya.

"Tak la elok ja. Orang pun busy ada tempahan. Tak dan nak call dia"

"Mungkin sebab hang tak call dia kut dia merajuk"

"Tak tau la nak kata apa sekarang. Sekejap orang try call dia tengok"aku mengambil telefon dan mendail nombornya.

"Tak angkat la kak long"ish dia ni angkat la. Tak habis keluar operator perempuan duk bercakap. Tak letih ka?

"Cer hang try call mak dia"cadang kak long.

"Ok-ok sat"aku mendail nombor ibunya.

"Assalamualaikum mama"ujarku.

"Waalaikummussalam, Fira. Nak apa bakal menantu mama nih, sampai call?"

"Fira nak tanya ni ma. Amirul ada call tak?"

"Tak ada la pulak. Tapi dua minggu lepas dia ada call mama bagitahu dia ada operasi"

"Ouh macam tu. Tak pa la ma. Kalau Amirul ada call lagi bagitahu yer"

"Baik la Fira kalau macam tu"

"Terima kasih ma. Assalamualaikum"

"Sama-sama. Waalaikummussalam"

"Macam mana?"ujar kak long selepas mama Amirul meletakkan panggilan.

"Tak dak"aku menggelengkan kepala.

************************************

Keesokannya harinya,

Aku baru selesai mandi dan sekarang aku mengambil telefon yang berada di atas katil. Aku melihat ada beberapa missed call dari mama Amirul. Aikk kenapa mama call??Baik aku call balik kut-kut ada berita pasal Amirul.

"Assalamualaikum ma. Ada apa ya?"

"Waalaikumsalam, Fira. Amirul, Fira"
kedengaran suara teresak-esak di dalam telefon.

"Kenapa ma? Amirul ada call tak?"

"Mama nak bagitahu ni, Amirul dah takde"

"Ya Allah"aku terkedu. Macam tak percaya.

"Amirul dah takde, Fira. Macam mana. Selama nih mama ada dia ja. Mama dah takda anak lain dah selain dia"

"Sabar ma. Sabar. Fira bertolak sekarang yer. Mama tunggu tau"ujarku menahan rasa sebak.

"Baik Fira. Mama tunggu tau"

"Ok ma. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Aku bergegas mengemas pakaian ke dalam beg dan menukar bajuku kepada baju yang sesuai..Sebelum ke rumah Amirul di Perak, aku harus memberitahu perihal Amirul kepada ibu bapaku.

"Ibu"ujarku sambil menangis.

"Ya Allah. Ngah kenapa nih?"ibu memelukku.

"Ibu. Amirul dan takde. Dia dah meninggal. Mama call tadi"aku menangis teresak-esak di bahu ibu.

"Sabar yer nak. Mungkin bukan jodoh kamu dengan dia"ibu menenangkanku.

"Ngah pergi dulu yer"

"Ngah nak pergi mana?"

"Ngah nak ke rumah Amirul.Mama dah tunggu. Boleh tak ibu?"

"Boleh. Tapi hati-hati. Hari dah nak malam. Satu lagi jangan lupa kirim salam dekat Maznah. Esok ibu datang sekali dengan abah dan adik-adik sebab sekarang waktu dah petang"

"Baik ibu. Ngah pergi dulu"aku salam tangannya. Aku mengangkat beg dan berlalu menuju ke kereta.

"Hati-hati"pesan ibu sekali lagi.

"Ok ibu"aku pun memulai perjalanan ke Perak dengan perasaan yang masih terkejut. Aku tak tahu yang dia akan pergi tinggalkan aku secara tiba-tiba dengan keadaan diriku yang masih cuba menerima kedatangannya dalam hidupku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience