SPECIAL CHAPTER RAYA (3)

Romance Completed 45931

"Hadi cepat la siap. Kita nak kena pi rumah tokbu dengan tokbah ni!"

"Sabar la walid"

"Sabar. Sabar. Ha Haura dah siap?Baju dah kemas? Bawak cukup tak?"soal Hariz.

"Dah walid. Cukup jer"

"Alid, Ita nanak ke ana? (Walid,kita nak ke mana?)"soal Hana.

"Kita nak pi rumah tokbu dengan tokbah sayang"

"Yeayy! Boleh umpa tatak Alia (Boleh jumpa kakak Alia)"sorak Hana.

Alia ni anak Syidah dengan Ariff. Tu la kan gaduh-gaduh sangat. Last-last kahwin jugak depa dua orang. Depa kahwin lepas Hadi umur 2 tahun. So sekarang anak depa sama umur dengan Haura. Sekolah pun sekali.

"Anak-anak bonda dah siap?"soalku yang baru keluar dari bilik.

"Dah"

"Eh jap mana Hadi? Tak siap lagi ka?"soalku.

"Tak tau la Hani. Lambat sangat anak lelaki awak tu siap"

"Bonda, walid Hadi dah siap"

"Amboi aihhh. Hensem anak bonda ni"aku tersenyum kecil.

"Hensem macam bapak dia. Hihihi"ujarku di dalam hati.

"Bonda! Bonda nak tahu tak kenapa abang Hadi pakai baju smart-smart?"soal Haura.

"Kenapa?"

"Dia nak jumpa kakak Syirah"bisik Haura.

Ok, jap sapa pulak si Syirah ni. Syirah ni anak Siti dengan Danish. Tua setahun pada Hadi. Semua kawan-kawan aku dengan Hariz dah kahwin. Masing-masing kahwin dengan kawan-kawan sekolah rendah. Masing-masing anak sulung semua perempuan, kecuali aku dengan Aisya.

"Ouh sebab tu la pakai smart-smart ni"ujarku sedikit kuat sambil mataku  mengerling ke arah Hadi. Dia tersenyum malu.

"Hehehhe, mana ada. Salah ka Hadi nak pakai hensem macam ni?"

"Tak salah aihh. Kita sebagai lelaki kena hensem"ujar Hariz.

"Hahaha. Betul tu walid"

"Dah la meluat aihh tengok. Jom Haura, Hana kita masuk kereta"

"Jom bonda"ujar Haura lalu kami bertiga mula bergerak ke arah kereta.

"Jom Hadi. Angkat beg Hana dengan Haura. Walid bawak beg bonda"ujar Hariz.

"Ok"lalu kami mula bertolak ke rumah ibu dan abahku.

************************************

"Assalamualaikum ibu"ujarku.

"Waalaikumsalam. Eh cucu-cucu tokbu"anak-anakku berlari keluar dari kereta lalu memeluk ibuku.

"Ibu ni. Orang yang bagi salam boleh pulak tengok cucu dia dulu"aku mencebikkan mulutku.

"Ngah tu ibu dah tengok dari kecik. Cucu-cucy ibu dah la jarang tengok. Jarang balik pulak tu"

"Sorry la. Tu Hariz sibuk dengan sekolah dia, Hadi dengan Haura pun sama"

"Tak pa la janji ngah balik dua hari sebelum raya. Tu pun dah ok"

"Eh, salah kita pulak. Dia tu yang tak larat sangat nak berjalan. Nak ke sana sini mintak nak papah je kerja"ujar Hariz. Aku menjelingnya tajam.

"Dahlah tu. Kesian dekat anak-anak. Depa puasa"ujar ibu.

"Jom tokbu, kita masuk. Biar pi la dekat bonda dengan walid tu"ujar Hadi lalu menarik tangan ibuku. Haura dan Hana juga mengikutinya lalu meninggalkan kami berdua.

"Ish, ish. Anak siapa la tu kan?"aku menjeling ke arah Hariz.

"Eh. Anak kita tahu. Dah la jom masuk kesian dekat baby. Awak tu mengandung"ujar Hariz lalu menarik pinggangku lembut dan kami berdua berjalan beriringan masuk ke dalam rumah ibu.

************************************

"Assalamualaikum"aku menjenguk ke luar.

"Waalaikumussalam. Eh ramainya"ujarku teruja. Rupa-rupanya Syidah, Aisya, Siti, Intan, Hajar dan suami masing-masing termasuk anak-anak mereka bertandang ke rumah ibuku.

"Ya la. Ni kami datang awal sebab nak balik rumah mak mertua"ujar Hajar.

"Tu la tahun ni beraya rumah mak mertua pulak. Mak aku ada bagitahu raya nanti hampa satu keluarga tak dak kat rumah"ujar Syidah.

"Kami ada mission sulit. Nanti kalau  hampa nak tau tengok la ig story aku"terangku.

"Ish rahsia-rahsia pulak"ujar Aisya.

"Biar pi la"

Kemudian, kami mula bersembang sehingga waktu hampir membuka puasa. Suami-suami hanya menggelengkan kepala melihat kami yang tidak ada tanda mahu berhenti. Akhirnya mereka pulang sejam sebelum waktu membuka puasa.

************************************

Malam itu, selepas menunaikan solat terawih di masjid, kami sekeluarga berkumpul di ruang tamu.

"Ha ngah dengan Hariz jadi kan kita punya rancangan tu?"soal abah.

"Jadi abah. Esok umi, ayah, Hafiz dengan bini dia pun ikut"ujarku.

"Ok. Yang lain pulak setuju tak?"soal abah kepada adik-adik dan kak long ku dan keempat-empat menantunya.

Anak-anak kami semua dah tidur. Penat katanya. So sekarang tinggal yang dewasa jerlah tak tidur lagi. Sembang pasal rancangan untuk besok.

Ouh adik aku yang bongsu tu tak kahwin lagi. Biasalah orang baru habis universiti. Dia kata nak enjoy dulu. Lantak pi dekat dia la. Aku kisah apa. Hehehhe.

"On abah"ujar Haziq. Yang lain juga menganggukkan kepala tanda setuju.

Ha terkejut tak? Adik Hariz yang Haziq tu kahwin dengan adik aku yang Najihah. Dah jodoh depa kan. Nak kata apa lagi. Janji happy.

"Ok. Canteq. Esok kita bertolak. Masing-masing bawak kereta sendiri yer? Kecuali ibu dengan abah naik dengan adik. Anak-anak penuh kereta. Nak tumpang dengan sapa?Hahhaha"ujar abah. Nak lagi cucu ramai. Bila dah dapat, tau pulak susah nak naik sama-sama.

"Ok"ujar kami serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience