Bab 18

Romance Completed 45931

Sebelum itu,

"Along, boleh umi mintak tolong sekejap?"pinta umi.

"Apa dia umi?"

"Boleh tolong ambik Haziq dekat airport?"

"Bila Haziq balik?"tanya Hariz

"Sat lagi dalam pukul 11 macam tu"

"Sekarang baru pukul 7 pagi. Along kena inform dekat guru besar kata nak kena keluar awal dulu. Kalau tak boleh Along call umi satg. Kalau boleh along mengajar dulu, lepastu baru along ambik"

"Baik. Terima kasih long tolong umi"

"Yer, sama-sama"

Di sekolah,

"Farhan awak ada kelas tak harini, ganti ka?"

"Ada tu adalah dalam dua kelas"

"Dalam jam berapa?"

"Lepasni dan lepas rehat"

"Nasib. Sebab saya nak mintak awak jaga kelas saya sebelum rehat dan sebelum balik boleh? Kalau tak pun awak mintak tolong cikgu-cikgu yang lain. Jangan risau sebab saya dah maklumkan kepada guru besar"

"Boleh tak apa. Sebab bukan kena mengajar pun. Nanti awak mesej saya beritahu kelas apa ya?"

"Baik. Terima kasih"

"Sama-sama"

Hariz pun bergegas keluar dan setibanya di airport, dia menelefon adiknya, Haziq.

"Ziq bila kau sampai?"

"Sekejap lagi long, kau dah sampai ke?Umi ikut sekali tak?"

"Along dah sampai, umi dia tak sihat sikit. Tadi pun dia tak pergi mengajar"terang Hariz.

"Ouh ok along. Aku tutup handphone dulu"

"Baik"Haziq pun menamatkan panggilan.

Hariz mencari tempat duduk dan ternampak ada satu tempat kosong di sebelah perempuan yang sedang bermain handphone. Tidak lama selepas itu, terdengar perempuan di sebelahnya bersembang dengan seorang lagi perempuan.

"Mungkin kawan dia kut"ujar Hariz di dalam hati. Tiba-tiba...

"Assalamualaikum"ucap 'kawan'
perempuan itu kepada Hariz.

"Waalaikumsalam. Eh siapa ya?"soal Hariz.

"Ni la Hajar yang sama sekolah rendah dulu. Yang tu pulak Hani Syafira. Ingat aku dengan Sya tak?"ujar perempuan yang mengenalkan dirinya sebagai Hajar dan dia juga menunjukkan ke arah perempuan yang berada di sebelahku.

"Ouh Hajar rupanya. Dan sebelah aku tadi rupanya Sya. Kenapalah aku tak boleh perasan dia tadi?"ujar Hariz di dalam hati.

"Jap...Ouh ya. Ingatlah kenapa tak ingat pulak cuma rupa ampa dah lain sikit"ujar Hariz jujur.

"Ya ka?"

"Ya lah. Ni hang macam baru balik dari luar negara? Negara apa?"soal Hariz kepada Hajar.

"Aku baru balik dari Korea. Bercuti. Ni pun aku mintak tolong Sya ambikkan"

"Hang pulak buat apa dekat sini?Ambik sapa?"sambung Hajar.

"Ambik adik aku. Dia baru cuti. Ni yang baru dapat balik dari Ireland"

"Yang mana satu? Ka dua-dua adik hang?"

"Haziq. Hafiz dia belajaq dekat sini ja"

"Takpa la janji belajar. Tak goyang kaki duduk rumah"

"Betul. Ni hampa.."Hariz tidak dapat menghabiskan ayatnya.

"Kami balik dulu ya"ujarku.

"Assalamualaikum"ucapku terus menarik tangan Hajar dan berlalu pergi.

"Waalaikumsalam"ucap Hariz.

"Kenapa dia macam nak elakkan diri daripada aku?"hanya itu yang terucap di dalam hatinya.

************************************

"Hang kenapa Sya? Tarik aku. Baru nak sembang"ujar Hajar.

"Ish hang ni. Nantilah sembang balik. Aku ada tempahan banyak lagi"ujarku.

"Macam mana nak sembang. Nombor dia pun aku tak ada"

"Tak besar mana pun aih bumi ni. Kalau nak jumpa aihh"

"Yalah. Ni aku singgah bakeri ang dulu. Nanti kalau hang dah siap keja, hantaq la aku balik"

"Mak hang tak marah ka?"

"Tak aihh. Cepat la, aku nak makan kek hang ni lama tak merasa"

"Sabor, sabor. Ok dah jom"ujarku

Dalam perjalanan,

"Sya hang ok ka lepas Amirul dah takde?"soal Hajar tiba-tiba

"Alhamdulillah ok"

"Mak dia macam mana? Boleh terima dah?"

"Mak dia ok dah cuma dua minggu sekali aku akan balik sana. Teman dia"

"Dua minggu sekali hang balik?"

"Yapp"

"Sorry tau aku takde waktu hang perlukan orang untuk luahkan perasaan. Waktu hang tengah rasa sedih"ujar Hajar lemah.

"Takpa. Aku kan kuat"ujarku sambil mengelap air mata.

"Kuat apa? Suara pun macam dah menangis air mata pun dah mula meleleh"ujar Hajar yang juga hendak menangis.

"Alah, dia pun nak menangis"ujarku.

"Ya la hang kan kawan aku. Aku tau hang sedih kan"

"Ya aku takpa. Walaupun hang duk jauh, call ja pun dah buat hati aku ni rasa happy sangat sebab hang sudi tanya khabaq aku"

"Hmm ok"

"Dah-dah. Tak yah sedih. Kita dah nak sampai"

"Ha nak sampai? Yeay!"ujarnya ceria.

"Uishh. Terus tukar mood"

"Ya la tak syabaq nih. Nak makan manis-manis tak leh sedih sat lagi masin"

"Takut ayaq mata masuk kek ka?"

"Ha"kami berdua ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience