9 tahun berlalu...
Sekarang, aku sudah menamatkan pengajian di universiti. Aku dan kakakku membuka sebuah kedai bakeri bernama IVY BAKERY sejak aku tamat SPM. Tapi semenjak aku menyambung pelajaran, dia yang menguruskan kedai. Dan sekarang apabila sudah selesai, aku kembali menyambung pekerjaanku ini.
"Ngah, cepat Amirul dah sampai nih!"jerit ibuku yang tengah menyiram pokok bunga di halaman rumah.
"Ya. Sekejap, orang nak perbetul tudung sikit ja lagi"jeritku kembali. Apabila siap, aku terus berlari keluar dari bilik dan dengan cepat aku menyarung kasut. Aku kemudian berjalan menuju ke kereta yang diparkir di depan pagar rumahku.
Ha mesti kan hampa terfikir siapalah si Amirul ni.
Dia ni sebenarnya tunang aku. Lagi 3 bulan ja nak melangsungkan perkahwinan. Hariz pulak..aku dah lama tak contact.
Aku bertunang dengan dia pun sebab waktu last sem dia mai hantaq rombongan meminang. Tekejut beruk cek.
Aku ada la tanya dia kenapa pilih aku bukan orang lain. Dia jawab 'I fell in love at first sight'. Aku rasa macam pelik sebab kali pertama aku jumpa dengan dia dekat restoran. Takkan waktu tu kot. Kali kedua pulak jumpak dekat universiti aku. Dia bagi ceramah motivasi. Dia kan polis. Pangkat inspektor. Dan sekarang dia berumur 25 tahun.
Aku pulak ada la sikit perasaan kat dia. Mana boleh banyak-banyak. Lepas kahwin boleh la, sebab orang selalu kata bercinta selepas nikah lebih 'sweet'. Heheheh.
"Assalamualaikum, awak"ujarku.
"Waalaikumussalam, cik tunang"ujar Amirul sambil tersenyum. Hensmes awok semua.
"Dah masuk cepat"sambungnya. La aku ingat dah masuk rupanya duk dekat luar lagi.
"Ok"aku terus masuk ke dalam keretanya.
"Ni saya pelik, sekarang awak nak bawak saya date ke mana?"soalku.
"Satu lagi, awak dah mintak izin ibu dan abah saya lagi tak?"sambungku.
"Amboi banyak betul ehh soalannya"ujarnya.
"Ok saya jawab satu-satu. Yang pertama mana la boleh saya bagitahu tempat date kita harini. RAHSIA"
"Yang kedua dan terakhir, saya dah mintak izin ibu dengan abah awak tadi masa awak tengah siap"terangnya.
"Ok...ok"kami pun memulai perjalanan menuju ke tempat yang aku sendiri tidak ketahui.
************************************
"Awak, bangun!! Kita dah sampai"gerak Amirul. Boleh pulak aku tertidur. Rasanya jauh sebab tu aku boleh tertidur. Jap...jauh?
"Awak!! Kita ada kat mana ni awak?"ujarku gelabah.
"Ya Allah awak. Sabar. Cuba awak buka mata luas-luas, tengok apa yang ada dekat depan awak sekarang ni. And suprise"
"Eh, awak cantik lahhh. Kita ada dekat mana sekarang? Siap ada pantai lagi?"
"Kita sekarang ada di Pantai Kerachut, Penang"
"Serius la awak, kita sekarang ada dekat Penang. Jauh betul. Satu lagi, saya minta maaf ehh"ujarku tiba-tiba.
"Kenapa pulak?"soalnya sambil menggarukan kepala.
"Sebab tak teman awak bawak jauh-jauh sampai sini. Mesti menggantukkan"
"Hmm memang pon"ayat ni la yang buat aku merasa bersalah sekarang ni. Aku mengeluh.
"Saya main-main jerlah. Tak apa saya dah biasa"ujarnya.
"Ish awak ni. Sanggup tau bagi kita rasa bersalah"ujarku.
"Saja suka-suka"dia tersenyum.
"Yalah. Tapi kan awak kita balik hari atau tidur kat sini? Kalau tidur sini jom kita balik sekarang. Saya mana bawak baju. Lain kali bagitahu la nak pergi mana. Ni tidak nak suprise bagai"
"Jangan risau. Kita balik hari la. Sekarang kan baru pukul 12.30. So lepasni kita solat Zohor dulu. Baru makan sebab awak kata tak boleh makan lepastu solat. Katanya takut muntah"terangnya. Alololo, sweet mehh. Ingat kita selalu.
"Lepastu kita datang sini balik tengok-tengok. Sebab tempat nih sesuai untuk orang yang minat alam semulajadi"sambungnya.
Terkebil-kebil aku melihatnya bercakap ketika ini. Laju gila.
"Comel pulak kita punya chubby dok tengok kita macamtu"ujarnya. Sekarang badan aku still same cuma dah turun sikit-sikit jer, hahahaha.
"Comel-comel jugak tapi perkataan chubby tu saya tak boleh terima"ujarku. Nak merajuk la macam ni. Kita ni perempuan paling pantang kalau dengar orang duk sebut pasal saiz badan. Satu lagi niat aku, aku saja-saja nak tengok dia pujuk tak. Sebab jarang tau dia nak pujuk.
"Dah la awak,saya pergi dulu yer.Satgi saya ambil awak balik"usik Amirul yang berura-ura untuk pergi ke keretanya.
"Awak janganlah tinggalkan saya. Awak ni!"ujarku.Dia nih memang. Sikit-sikit mengusik. Sekeh kang.
"Saya main-main ja la awak. Dengar ni dan pandang saya"ujarnya.
"Mana boleh la awak tengok mata bukan ajnabi. Haromm"
"Yelah..Dengar jer"
"Firstly, awak ni comel sebabtu saya jatuh cinta dengan awak. Satu lagi, awak suka jadi diri sendiri. Tak kesah orang lain kutuk awak. Macam apa ayat tu...BE YOURSELF"alah-alah mamat ni sweet betul nih yang leleh nih.
"Ok, sudah-sudah. Saya cakap ja lah. Saja nak test awak sebab jarang awak pujuk"
"Bukan macam tu, dah awak tak selalu merajuk. Saya pun tak lah selalu pujuk"ujarnya selamba membuatkan kami berdua ketawa.
Share this novel