Bab 22

Romance Completed 45931

Flashback

"Umi sebelum kita masuk kedai ni, along nak tanya betui ka umi nak ambik kek ja?"soal Hariz.

"Ya. Betul nak ambik kek ja"

"Tapi kenapa umi senyum saja dari tadi?"hairan dibuatnya.

"Salah ka umi nak senyum? Senyum kan sedekah"ujar Puan Azura.

"Ya lah. Tapi umi jangan buat hal ya?"

"Iya. Dah jom-jom"mereka pun melangkah keluar dari kereta dan menuju ke bakeriku.

"Assalamualaikum"ucap Cikgu Azura kepada ibuku yang berada di ruang cashier.

"Waalaikumsalam, Zura datang nak ambik kek ka?"

"Ya. Lagi satu boleh saya nak sembang sekejap? Ada hal yang nak dibincangkan?"

"Boleh-boleh mari kita duduk"ujar ibu.

"Umi, umi kata nak ambik kek ja tapi ni dah kenapa siap nak bincang bagai?"bisik Hariz kepada uminya.

"Kamu diam"

"Umi nak buat apa pulak nih?"soal Hariz di dalam hati.

"Apa hal yang nak dibincangkan tuh?"soal ibu.

"Mashita, saya nak anak awak jadi menantu saya boleh?"

"Apa nih umi kenapa tiba-tiba?"ujar Hariz.

"Umi suruh kamu diamkan? Senyap. Jangan sampuk orang tua nak bercakap"

"Ya la"Hariz mengeluh.

"Saya ok sahaja. Tapi kena tanya tuan punya badan"

"Macam tu lah sebenarnya hajat saya"

"Umi nih aku dah agak. Dia mai bukan saja-saja. Haihh,bagi la aku ngorat dulu. Baru ja bincang dengan dia kata nak mula dari awal. Tak menyempat betul"ujar Hariz dalam hati. Hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah uminya.

************************************

Setibanya aku di rumah,aku terus menuju ke bilik mandi dan menunaikan solat Maghrib. Setelah selesai, aku duduk di atas katil memikirkan permintaan umi Hariz. Terlalu susah bagi aku untuk terima. Tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan di pintu.

"Boleh ibu masuk?"rupa-rupanya ibu.

"Masuk jerlah"ibu terus melangkah ke dalam bilikku lalu duduk di sebelahku.

"Ngah masih fikirkan apa yang umi Hariz mintak tadi ya?"soal ibu. Aku mengangguk.

"Ibu faham mesti ngah tak tahu mahu terima atau tidak kan?"aku menggangguk sekali lagi.

"Ok macam ni, kalau ngah rasa yang itu terbaik, ibu akan doakan yang terbaik untuk anak ibu ni"

"Lagi satu kalau ngah rasa dia bukan jodoh ngah, ibu akan terima keputusan ngah dan juga ibu akan doakan jodoh yang lebih baik akan datang kepada ngah"

"Terima kasih ibu, ada waktu ngah susah tak tahu nak buat apa"

"Itu memang sudah tanggungjawab ibu untuk menasihati ngah dan ngah juga perlu minta pertolongan dari yang atas juga. Cuba buat solat istikharah, cari petunjuk. Ok? Anda faham?"

"Ok bu. Faham. Terima kasih. Sayang ibu"aku menangis dalam pelukan ibuku.

"Sama-sama. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya"

Malam itu,hilang segala resah dalam hatiku apabila ku luahkan kepada ibu dan aku membuat solat istikharah untuk mencari petunjuk.Adakah seorang insan bernama Hariz Hakim adalah jodohku?

************************************

"Umi kenapa tak bincang benda ni dengan along dulu? Umi selalu buat ikut hati umi. Macam mana kalau Sya tak terima Along?"ujar Hariz. Sekarang mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Umi sebenarnya dah simpan niat nak bermenantukan si Sya. Tambah lagi along dah beritahu umi pasal perasaan along dekat Sya. Lagi la umi rasa ni peluang yang torbaek"

"Torbaek...torbaek"Hariz menggelengkan kepalanya.

"Ikut umi la. Janji benda tu yang terbaik untuk along"

"Alhamdulillah. Syukur.Terima kasih along"umi tersenyum kecil.

"Sama-sama umi"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience