"Allahuakbar"kedengaran suara azan dilaungkan membuatkan aku tersedar.
Sekarang, aku ternampak Hariz mendukung bayi dan berada di penjuru wad yang aku duduki.
Ya sekarang aku sudah bersalin dan mendapat seorang bayi lelaki.
"Ngah dah sedar. Nak apa-apa tak?"soal ibu.
"Nak air sikit ibu"pintaku.
"Nah. Ni ngah tunggu la laki ngah siap azankan anak. Ibu nak keluar sekejap. Nanti ibu datang balik"ujar ibu.
"Hmm pergilah"selesai mengazankan anakku, Hariz membawanya ke arahku dan memberiku untuk menggendongnya.
"Hani dah sedar?"soalnya.
"Hmm. Tu yang boleh tengok hubby sekarang"ujarku sambil menjelingnya.
"Sorry.Tanya ja"
"Ni hubby nak letak nama anak kita apa?"soalku sambil melihat anak yang digendongku.
Sangat comel. Pipi yang agak tembam dan bibir yang agak kemerah-merahan membuat diriku berasa sedikit sebak. Tak sangka diriku sudah menjadi seorang ibu.
"Hubby dah pikirkan sejak dari Hani mengandung lagi. So nama dia Hadi Saadi. Ok tak?"
"Lagi satu kan, Hani tak payah mengandung dah la. Hubby kesian la tengok Hani sakit. Bak kata ustaz Syamsul Debat'cari mak lain aja'. Tak payah sakit dah lepastu"
"Ouh macam tu. Boleh. Boleh blah. Gatai nohh. Kalau hubby berani, buatlah. Mati Hani kerjakan"
"Nak jadi janda ka?"soalnya mahu menaikkan amarahku.
"Hani sanggup jadi janda daripada Hani tengok hubby dengan orang lain"
"Uishhh seram. Tak leh bawak main dengan kaum hawa ni. Takmau-takmau"
"Tau takut"ujarku.
"Orang main-main ja la"
"Benda ni tak boleh dibuat main Cikgu Hariz"
"Ok, janji tak buat dah"
"Baik. Kalau hubby buat lagi.."belum sempat aku menghabiskan ayatku, pintu wadku dirempuh seseorang.
"Hallo!"jerit Ariff lalu berlari ke arahku. Aku dapat melihat rakan-rakanku hanya menggelengkan kepala melihat Ariff yang sangat teruja.
"Weyh! Comelnya anak hang.Tapi kenapa muka macam aku?"soal Ariff.
"Eh.Salam apa tak dak. Tiba-tiba nak kata muka anak aku macam hang. Pigi dah"ujar Hariz.
"Hehehehe, Assalamualaikum"ujarnya sambil tersengih seperti kerang busuk. Rakan-rakanku yang lain juga mengucapkan salam selepas Ariff.
"Waalaikumsalam"aku dan Hariz menjawab salam serentak.
"Tapi kan muka anak hang memang ada iras aku"Ariff mencuba sekali lagi.
"Tak payah peraasan sangat. Anak aku, muka aku"ujar Hariz.Tegas.
"Main-main ja.Itu pun tak boleh"ujar Ariff sambil menyilangkan tangannya di dada.
"Tak boleh"bantah Hariz.
"Dah. Tak yah gaduh. Ni nanti baby menangis sapa nak tenangkan?"aku cuba meleraikan perang mulut antara Hariz dan Ariff.
"Weyh nak pegang"pinta Ariff selepas suasana semakin sepi.
"Aku pun nak pegang"ujar Syidah.
"Aku pun"ujar Aisya.
"Aku pun"ujar Hajar.
"Aipp. Sorang-sorang. Ikut turutan. Pandai-pandai la nak susun"
"Ok"ujar mereka serentak.
Keadaan semakin tenang. Aku hanya mampu ketawa melihat gelagat rakan-rakanku memuji anakku.
"Hang letak anak hang nama apa?"soal Syidah kepadaku.
"Tanyalah Hariz"ujarku.
"Nama Hadi Saadi bin Hariz Hakim. Ok tak?"soal Hariz.
"Sedap. Unik"ujar rakan-rakanku.
"Kan"ujarku.
"Maksud nama dia apa ehh?"soal Hajar. Aku juga menganggukkan kepalaku yang juga ingin mengetahui maksud di sebalik nama Hadi Saadi.
"Hadi maksud yang memimpin atau penunjuk jalan"
"Saadi pula maksud kebahagiaan"terang Hariz.
"Terbaiklah"puji Adam.
"Kan"ujar Hariz bangga.
"Ewww. Menyampah"ujar Aisya. Aku hanya ketawa kecil.
************************************
"Amboi-amboi dari luar lagi. Kecoh"ujar umi memasuki wadku bersama ibu, abah dan ayah.
"Tu lah. Kalah kita Zura"ujar ibu.
"Ha! Assalamualaikum. Cucu aku mana?"terjah ayah tidak sabar.
"Cucu aku mana?"soal abah pula.
"Waalaikumsalam. Ni cucu abah dengan ayah ada dekat Adam"ujarku.
"Bawak mai kat aku"ujar ayah kepada Adam.
"Ya Allah, abang. Malu sikit. Kita ada dekat hospital sekarang"ujar umi.
"Ish awak ni. Cucu sulung saya ni"ujar ayah.
"Tu cuujar abah.
"Ok, bertenang. Semua dapat pegang. Lagi satu, slow sikit suara. Nanti baby nangis"ujar Hariz.
"Ouh lupa. Sorry"ujar abah dan ayah serentak.
"Ok. Hariz buat susunan. First ayah lepastu abah kemudian umi dan yang terakhir ibu. Boleh?"cadang Hariz.
"Yess. Boleh pegang dulu"ujar ayah bersemangat.
"Amboi cikgu. Betul bersemangat yer?"soal Ariff.
"Memey are. Cucu kita yang sulung kut"kami semua ketawa akan jawapan yang diberikan ayah.
"Ni mama sampai tak lagi?"soalku kepada ibu setelah suasana sudah kembali tenang.
"Sekejap lagi rasanya sampai. Tadi dia ada call ibu kata nanti dia sampai"
"Kak long?"
"Kak long esok dia mai kut. Laki dia sibuk sikit"
"Hmm ok"
"Assalamualaikum"ucap mama dan papa.
"Waalaikumsalam. Baru ja aku cakap pasal hang tadi"ujar ibu.
"Hhahaha. Takpa umuq panjang. Ni amacam Fira. Ok dah?"
"Ok dah ma. Mama dan papa sihat tak?"soalku.
"Alhamdulillah. Kami ni sihat ja"ujar papa.
"Ni mana anak kamu?"soal mama.
"Tu ada dekat abah"ujarku.
"Ouh ok. Satg la mama tengok"
"Ni mama tidur sini ka balik hari?"
"Tidur sini rasanya"
"Ha ok macam tu. Tidur dekat rumah aku. Boleh la ada orang nak teman sembang. Bosan. Nak bagi juga Zura ada pengalaman jaga orang berpantang. Tak begitu, Zura?"
"Iya. Tambah lagi cucu sulung ni. Nak jugak la merasa"ujar umi.
"Kalau macam tu baiklah"ujar mama tanda setuju.
"Ni nama anak kamu apa? Duk panggil baby ja dari tadi?"soal umi yang tadi hanya mendiamkan diri.
"Nama dia Hadi Saadi. Amacam ok tak?"soal Hariz kepada semua yang berada di situ.
"Sedap. Torbaek"umi menaikkan ibu jarinya.
Aku dan Hariz tersenyum melihat karenah keluarga kami dan rakan-rakan melayan Hadi.
"Terima kasih, sayang. Hubby happy sangat"bisik Hariz.
"Sama-sama hubby"aku mengusap pipinya sambil tersenyum.
"Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas kurniaan Allah yang memberiku suami yang baik anak yang sangat comel, keluarga yang bahagia dan rakan-rakan yang memahami. Akhirnya, bahagia yang aku kecapi dari cinta yang tak diduga. Hariz, crush yang aku rasa hanya perasaan seorang budak perempuan apabila mahu meningkat ke alam remaja. Dan sekarang dia sudah menjadi suamiku yang sah. Tak ku duga dia juga mempunyai perasaan yang sama sepertiku. Tak ku lupa juga umi dan ibu yang berusaha menyatukan kami berdua. Terima kasih umi dan ibu. I love you all"
~TAMAT~
Share this novel