Bab 23

Romance Completed 45931

Seminggu kemudian.

Aku bekerja seperti biasa di bakeriku. Ketika aku sedang mengisi kek di dalam peti...

"Assalamualaikum nak. Boleh mak cik nak satu potong kek?"suara yang kedengaran di telingaku seperti tidak asing.

"Boleh. Nak apa yer?"ujarku tanpa menoleh ke arahnya.

"Nak yang butter...mmm butter"ujar mak cik tadi tersangkut-sangkut.

"Butterscotch mak cik"aku menoleh ke arah mak cik tersebut. Aku terkedu.

"Ya Allah ma. Mama buat apa dekat sini nih?"aku lantas keluar dari kaunter lalu memeluknya.

"Tak buat apa pun. Saja bosan tu yang datang sini"ujarnya.

"Mama pergi cari tempat duduk dulu. Nanti Fira bawak kek yang mama minta tu"

"Ok. Mama nak air kosong jugak"pesannya.

"Baik"mama terus mencari tempat kosong.

Aku dengan pantas menyiapkan order mama dan pergi ke arahnya.

"Eh mama datang sorang ja ka? Papa tak datang?"soalku sambil melabuhkan punggungku ke atas kerusi.

"Tak datang sorang la tambah-tambah lagi jauh. Papa ada ja dekat luar tu. Dia telefon kawan dia sekejap"ujar mama.

"Ouh"

"Ni muka Fira macam tak sihat ja mama tengok. Ada masalah ka?"

"Ada la sikit ma. Tapi kan ma, tak apa ka kalau Sya kahwin dengan orang lain?"

"Ish kamu ni. Kenapa tak boleh pulak?Boleh ja lah. Itu hak kamu bukan mama"dia menampar lembut tanganku.

"Hmm baiklah"tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

"Oh ibu. Kejap ya ma. Sya angkat telefon dulu"aku berjalan kembali ke arah kaunter. Mama hanya menganggukkan kepalanya.

"Ya ibu ada apa?"soalku.

"Ni, kak long kamu nak bersalin. Datang sini cepat"

"Ouh okay...okay. Kejap yerr. Ngah tengok dulu kalau dah takde pelanggan ngah tutup awal ya"

"Baik-baik"ibu terus meletakkan panggilan.

************************************

"Ma, jomlah kita pergi tengok kak long Sya nak bersalin dekat hospital"waktu sekarang memang takda pelanggan sebab awal pagi lagi dalam pukul 10, jadi aku boleh la tutup awal.

"Ya ka?Jom"dia pun mengambil beg tangannya dan mengikutiku keluar dari kedai. Kami pun menuju ke kereta. Nasib papa parkir bersebelahan dengan keretaku.

"Ni nampak kalut-kalut nak pergi mana Maz, Sya?"soal papa.

"Abang jom kita pi tengok kak long Sya nak bersalin"

"Ya ka? Kalau macam tu jom. Cepat"kami mula bertolak menuju ke hospital.

Setibanya kami di hospital,

"Ibu, kak long macam mana? Abang long dah sampai? Kakak, abang ngah, Maira mana?"soalku bertubi-tubi

"Sabar. Serupa kamu pulak suami kak long dah ngah oii"aku menggarukan kepala.

"Depa ada ja dekat rumah. Adik,uda dengan achik jaga depa. Jangan risau aihh"

"Okey...okay. Lupa pulak ni mama ada jugak. Tadi dia mai bakeri"

"Eh, ya Allah Maznah. Apa khabar? Sihat?"soal ibuku.

"Sihat ja la Masitah oii. Rindu anak hang. Sebab tu aku mai"

"Ha la aku lupa pulak Fira ni anak hang. Bukan anak aku"ujar ibu selamba.

"Eh ibu dah buang kita. Mama jom balik. Ibu dah buang kita. Fira jadi anak mama la yer terus"aku terus menarik tangan mama dan berura-ura mahu pergi dari situ.

"Ha ahh ya la. Jom"mama terus mengikuti lakonanku.

"Maznah. Dah-dah la awak ikut perangai tak betul si Fira ni"ujar ibu.

"Panggil kita tak betul pulak"ujarku.

"Ish awak ni Masitah. Saya baru nak test lakonan saya"

"Haishhh awak ni Maznah, bila pulak awak berlakon?"

"Saya main-main ja la"

"Hahaha"mereka berdua ketawa.

"Ha mulalah tu lupakan saya"ujarku. Nak merajuk ahh cenni. Mak-mak memang macam ni, bersembang sampai lupa anak sendiri.

"Eh ngah, nampak tak abah kamu?"ujar ibuku. Tak pujuk pun. Ceh.

"Ya la Fira, nampak papa kamu jugak tak?"soal mama.

"Ya tuhan. Mama dengan ibu nampak tak dekat hujung koridor sana?"

"Tak nampak apa-apa pun"ujar ibu dan mama serentak.

"Memang tak nampak apa pun, sebab orang pun tak nampak apa"mereka menepuk dahi.

"Loyar buruk"ibu menampar lenganku.

"Tanya abah dengan papa dekat mana? Manalah kita nak tahu sebab duk bersembang dari tadi"

"Ya lah"ujar mama menyetujui pernyataanku. Tiba-tiba terdengar bunyi tangisan bayi.

"Alhamdulillah, syukur"ujar aku, ibu dan mama serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience