Bab 6

Romance Completed 45931

"Along, ok tak umi tengok macam takut ja"kata umi Hariz.

"Takut tu adalah sikit. Umi doakan along ok"pintanya.

"Ish along ni. Umi mesti doakan anak umi yang handsome nih berjaya dalam peperiksaan"

"Heheheheh. Ok la umi,along keluar dulu"sebenarnya kereta dah sampai depan pagar sekolah, adik-adik dia dah keluar. Saja nak ambik berkat mak tu yang dia ambik masa sikit.

"Ermmm,vbaiklah. Dah besar dah anak umi ni"umi berkata sambil menyuakan tangannya kepada Hariz. Dia menyuakan tangan kepada umi.

"Assalamualaikum umi"Hariz berkata sambil melambaikan tangannya setelah keluar dari kereta.

"Waalaikumussalam"umi beredar ke sekolahnya untuk mengajar.

Sampainya Hariz di pintu pagar...

"Uittt, Hariz. Macam mana?"tegur Adam sambil meletakkan tangannya ke atas bahu Hariz.

"Macam mana apa?"soal Hariz kembali sambil menggarukan kepalanya. Hairan, soalan apakah ini.

"Ulangkaji Hariz. Kan periksa harini"Adam menepuk dahinya. Alahai kawannya yang sorang ni lembap betul.

"Ouhhh, Hahaha. Ok ja. Insyaallah, aku rasa aku boleh buat"ujar Hariz dengan yakin.

"Hmmmm biasalah budak pandai kan orang kata"

"Otak hang. Hang lagi pandai. Dari darjah 1 hang no.1 dalam kelas"

"Dah la jom"ajaknya.

"Tukaq topik la. Padahal dia mula dulu"

"Hang baca buku tak lagi nota ka?"tukaq topik lagi. Layan kan ajerlah.

"Dah. Tinggal nak tengok balik ja"mereka pun bergerak ke arah dewan kerana ramai yang sudah berkumpul.

************************************

"Okey semua diminta perhatian. Cikgu nak kamu sorang satu ambil tujuh biji kismis dan sebotol air mineral dari Cikgu Sabariah"ujar Cikgu Maria.

Semua murid bergilir-gilir mengambil kismis dan air mineral dan mula mengulangkaji semula. Selepas 10 minit...

"Semua boleh berhenti mengulangkaji. Cikgu nak kamu semua simpan buku dan ambil alat tulis seperti pensil, pemadam, pembaris dan pengasah pensil. Itu sahaja. Kotak pensil dilarang sama sekali untuk dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan. Setelah selesai, diminta semua berkumpul semula dan mengikut urutan nombor yang disediakan"arah Cikgu Maria.

"Dan sekarang, saya mempersilakan Ustaz Ridhuan untuk membacakan doa"sambungnya.

"Amin, Amin Ya Rabbal Alamin. Cikgu harap kamu semua boleh membanggakan sekolah, cikgu-cikgu yang mengajar dan ibu bapa kamu. Cikgu yakin kamu boleh"

"Terima kasih cikgu"ujar semua murid darjah 6 serentak dan mula bergerak menuju ke dewan peperiksaan.

Dan bermulalah peperiksaan yang bakal menentukan arah tujuan masing-masing dalam pelajaran.

Setelah selesai menjawab kedua-dua kertas peperiksaan bahasa Melayu, aku dan rakan-rakan kembali semula ke dewan sebelum memulakan sesi mengulangkaji pelajaran untuk kertas esok.

"Weyh, macam mana ang punya periksa tadi?"tanya Ain kepadaku.

"Alhamdulillah syukur. Ok ja boleh jawab. For sure, hang pun boleh jawab kan?"

"Yapp"

"Dah la. Kita kena pi bilik kejora.Satg teacher marah kita lewat"ujarku.Kelas kami dipindahkan ke bilik kejora atas sebab bilik darjah kami ditukarkan menjadi dewan peperiksaan. Bilik kejora ialah bilik yang digunakan untuk para guru bermesyuarat.

"Ok"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience