Bab 1

Romance Completed 45931

Seorang murid perempuan yang berbadan sedikit gempal memasuki perkarangan Sekolah Kebangsaan Taman Melur lalu menyapa seorang guru yang bertugas di hadapan pagar sekolah.

"Assalamualaikum cikgu"sapa Hani Syafira lalu tersenyum.

"Waalaikumussalam Sya"balas Cikgu Rahimah sambil tersenyum.

"Kalau tak dak apa-apa lagi cikgu saya mintak diri dulu. Nak letak beg dalam kelas dulu"ujar Sya.

"Baiklah"ujar Cikgu Rahimah. Sya terus melangkah menuju ke kelasnya.

Nama aku Hani Syafira binti Ali dan aku berumur 12 tahun. Cerita ini bermula sejak aku crush dekat sorang mamat dalam kelas aku. Dan untuk pengetahuan semua dia duduk sebelah aku.

Walaupun aku dah belajar dengan dia sekali sejak dari darjah 1 sikit perasaan pun tak ada ya. Tapi kan, sejak dah masuk tahun terakhir ni, tiba-tiba muncul satu perasaan. Entah la ehh. Mungkin suka ataupun fasa aku membesar. Semakin meningkat remaja semakin faham dengan dunia luar. Dan semestinya akan ada yang  bercinta.

Aku sedar yang badan aku bukan macam lain. Jadi pilihan yang terbaik adalah mendiamkan diri.

"Selamat pagi, semua. Apa khabaq?"ujarku dari pintu kelas. Ouh ya...tak dilupakan saya adalah seorang penduduk Kedah yang sejati.

"Assalamualaikum Sya"sapa Siti membuatkan diriku terdiam.

"Hehe...waalaikumussalam"balasku sambil tersenyum malu.

Aku kemudian masuk dan berjalan ke arah meja untuk meletakkan beg dan kemudian mengajak Siti dan rakan-rakan yang lain untuk beratur di dewan. Setiap hari Ahad semua murid diminta untuk berkumpul di dewan untuk menghadiri perhimpunan yang diadakan.

"Jom weyh. Dah lambat lah"ujarku dalam keadaan tergesa-gesa. Tak lama lagi bolehlah aku belajar rap. Menggantikan Altimet. Kau ader...
 
"Ish saborlah yang hang nih duk kalut-kalut nak pi mana..haishhh"ujar Aisya sambil menggelengkan kepalanya. Aku hanya ketawa kecil.

"Entah hang ni, kalut-kalut nak jumpak sapa?? Awat? Tak sabar nak usha crush hang? Entah-entah betui apa?"soal Syidah sambil mengangkat keningnya.
 
"Dah la jom cepat dah lambat"aku menukar topik. Kerana masih tidak ada sesiapa yang tahu siapa lelaki itu.

"Weyh...kenapa tak tunggu aku?"terdengar jeritan seseorang dari belakang membuatkan aku terus memusingkan badanku.

"Lambat sangat kenapa? Bukan selalunya hang yang paling awal?"soalku.

"Ada hal sikit tadi"ujar Ain.

"Tak yakin aku. Bukan aku tak tahu yang hang jumpa pakwe hang"ujar Syidah membuatkan riak wajah Ain kelihatan berubah. Kelihatan pipinya sedikit memerah.

"Mana ada"Ain menyangkal pernyataan Syidah.

"Sekejap. Awat aku tak tahu apa-apa ni?"soalku. Kenapalah aku sering tertinggal berita terhangat sebegini?

"Kau tahu tak, Sya yang Ain bercinta.."belum sempat Syidah menghabiskan ayatnya Ain terus menutup mulutnya.

"Apa? Bercinta dengan siapa ni?"soalku lagi.

"Tak ada siapa lah"ujar Ain.

"Okay. Fine. Nanti aku cari tau sendiri. You just wait and see"

"Dah la. Jangan layan sangat diorang ni. Kalau tak sampai bila-bila kita tak dapat pergi perhimpunan. Cikgu bising sekejap lagi. Tak jaga barisan la, apa la"ujar Aisya membuatkan aku  akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience