"Ibu boleh tak ngah nak pi Langkawi?Boleh la eh ibu?"buat muka comel sikit.
"Kalau ibu okay ja. Tapi abah mu yang bayar yuran bukan ibu. Kalau nak pi, tanya abah"
"Ala ibu tolong la bagitahu abah. Yuran semua Rm150, boleh la"
"Tak mau"ibu aku ni pun bukan nak tolong.
"Boleh la ibu, boleh la"pujukku.Aku menggoncangkan tangannya.
"Ok lah. Ish dia ni"ibu aku ni,disekehnya kepala kita pulak.
"Terima kasih. Love you"aku cium pipinya.
"Dah tolong,baru nak i love you bagai.Anak-anak"
"Heheheheh"aku tersengih seperti kerang busuk. Tak. Kerang wangi.
************************************
"Umi oh umi! Umi ada kat mana sekarang ni?"jerit Hariz.
"Umi ada kat dapur ni along"jerit umi kembali.
Amboi anak beranak ni, jerit-jerit. Dalam rumah ja pun. Nasib jauh dari rumah orang lain. Kalau tidak mahu dijerkah jiran sebelah.
"Umi, masak apa sekarang?"soal Hariz.
"Ya Allah. Ku semangat. Along ni kenapa? Nasib tak diketuk kepalamu dengan sudip ni. Kalau tidak benjol"umi mengurut dadanya akibat terkejut.
"Terkejut eh umi? "soalan apakah ini anak mudaaaa??
"Tak aihhh umi suprise"padan muka. Tanya lagi soalan yang tak patut.
"Umi masak apa?"tukaq topik.
"Umi masak simple ja. Paprik and telur dadar"
"Uishhh, bukan simple. Sedap nih. Mantop, gabungan yang meletopz. Ambik bau cikit"
"Ni mesti ada apa-apa. Tu yang cari umi kan?"tau dah perangai anak dia yang ni kalau nak apa tu mesti cari. Kalau tidak, terperap ja dalam bilik.
"Adalah. Nanti along bagitau umi and ayah"
"Ok. Pi susun pinggan, lepastu panggil ayah dan adik-adik makan"suruh uminya.
"Baik Puan Azura. Saya menurut perintah"Hariz pun melangkah ke bilik ayah dan adiknya.
Selesai makan malam,
"Ha ni nak bagitau apa? Tadi duk cari umi"soal ini.
"Orang nak pi Langkawi boleh"straight to the point teruih. Tak payah berkias-kias.
"Boleh. Berapa yuran?"senang betul eh Cikgu Hilman ni.
"Yuran RM150"
"Nanti ayah bagi. Tapi.."suspen ni.
"Tapi apa abang?"soal uminya kepada ayahnya.
"Duit belanja barang sendiri pakai duit sendiri la. Satu lagi ayah bagi duit belanja barang hanya untuk adik kamu dan umi kamu sahaja ok. SAHAJA. Faham?"saja bagi anak dia tahu barang la mahal. Macam mana rasa puas pakai duit sendiri. Macam mana nak berjimat. Baru lepas ni boleh berdikari.
"Faham ayah. Terima kasih tau"
"Yerr. Sama-sama"
************************************
Tibanya hari di mana semua murid yang mendaftar ke Langkawi.
"Semua dah sampai ka?"soal Cikgu Che Embun.
"Dah cikgu"serentak semua murid tangan dan di situ menjawab.
"Weyh, sejuk dowhhh. Tambah dengan mengantuk lagi. Ni yang buat rasa nak tidur balik"ujarku kepada Siti yang berada di sebelah.
"Memang la sejuk baru pukul 4 pagi kut"ujar Siti.
"Semua dah cukup? Baju, keperluan diri macam berus gigi, ubat gigi, sabun, yang dalam-dalam. Mykid atau MyKad dah bagi dekat Teacher?"
"Cukup cikgu. Tak da yang tertinggal"ujar Intan.
"Baik. Susun beg dalam bas. Naik bas. Cari tempat duduk dan duduk. Boleh?"terperinci betul ya.
"Boleh"semua orang mula bergegas mengikut arahan yang diberikan oleh cikgu sebentar tadi.
"Siti duk dengan aku tau"
"Kan dah janji. Berapa kali nak ulang? Ish-ish"
"Ok-ok jom"
Kami duduk dan mula mengemaskan barang supaya duduk dengan lebih selesa. Bas pun mulai berjalan meninggalkan perkarangan sekolah.
"Ngantuk weyh. Sambung tiduq jom"ujarku. Siti pun meletakkan kepalanya di bahuku lalu dia tertidur. Macam drama Korea pulak. Lah, ghisauuuu eh ghisauu.
"Semua boleh bangun sekarang. Yang mana dah terjaga boleh gerak kawan kamu yang masih tidur. Kita sekarang dah sampai di Jeti Kuala Perlis"waktu sekarang dalam pukul 7 pagi. 3 jam perjalanan. Lama betul.
"Siti bangun Sitiiii!!!"akhirnya dia terjaga. Susah betul eh nak gerak.
"Dah sampai ka weyh?"eh-eh dia ni cikgu habaq dah kan tadi.Jap dia kan baru bangun tidur mana nak dengaq.
"Dah sampai"
Kami semua mula bergerak ke surau untuk menunaikan solat Subuh dah selepas itu ke tandas dan sarapan. Sekarang ini waktu kami beratur untuk menunggu giliran menaiki feri.
"Weyhhhh. Ada mat saleh"ujar Nasuha atau Cua. Dia nih memang pantang nampak orang handsome sikit, mula la.
"Hang try pi tegur dia tengok"cadang Hariz.
Tiba-tiba terdengar perbualan dua orang jejaka 'mat saleh' yang dikatakan Cua bercakap bahasa Thailand.
"Tak mau aku. Rupa-rupanya orang Thailand. Tak mo. Tak mo"dia ni memang pantang dengan orang thai mula la nak elergik bagai. Aku tak pasti la macam mana dia boleh tak suka dekat orang thai. Tapi memang dia tak suka.
"Hahahaha"gelak Hariz.
Selepas itu, kami mula menaiki feri. Setibanya kami di Langkawi, kami menaiki van dan tempat pertama yang kami lawati adalah MARDI Langkawi. Seterusnya, baru kami ke homestay. Petang itu, kami keluar membeli barangan wajib seperti coklat dan ke Dataran Lang. Keesokan harinya, kami dapat merasai pengalaman melalui aktiviti di laut iaitu island hoping dan cable car. Setelah waktu hampir petang, kami mula bergegas pulang menaiki kapal terbang.
Share this novel