BAB 8 - Cerita III

Horror & Thriller Completed 4255

Untuk kejadian kedua pula, Othman berkata ia berlaku sebelum selepas kejadian itu.

Menurut beliau, kejadian kedua itu berlaku sekitar jam 10.30 malam ketika dia pulang menaiki motosikal selepas belajar membaca al-Quran di masjid.

“Tiba di satu lokasi berlainan dari kawasan pertama Aku diganggu, motosikal Aku menjadi berat dan semakin sukar ditunggang.

“Lebih menghairankan Aku waktu itu, terdapat cebisan kain berwarna putih pudar berkibar-kibar di bahagian motosikal Aku seolah-olah Aku memakai pakaian labuh yang terkena tiupan angin,” katanya.

Sambil menambah dia kemudian terasa pelukan seseorang dari arah belakang menyebabkan di sukar bernafas.

“Aku cuba sekuat hati membaca ayat-ayat suci al-Quran dan kemudiannya menjerkah makhluk itu.

“Selepas membaca, Aku jerit dengan sekuat hati “

“Jangan kacau aku!”

Secara pantas gangguan itu hilang dan tidak lagi dirasai.

Bagaimanapun Othman berkata, biarpun apa yang berlaku, rutin hariannya tidak terjejas.
Dia masih melalui jalan yang sama untuk meneruskan rutin hidupnya setiap hari. Baginya gangguan itu dating hanya sesekali dan ia tak patut meruntuhkan keyakinan untuknya melalui jalan tersebut untuk mencari rezeki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience