BAB 5 - Cerita II

Horror & Thriller Completed 4255

Terjadi pada aku sendiri beberapa tahun lepas. Mase tu baru habis belajar. Aku sedang terumbang ambing nak cari kerje stabil lagi. Dari mengangur, aku kerja sajalah mana yang ada. Mase tu aku jadi manager di satu restoran makanan segera ni.

Aku kene bertanggungjawab menguruskan satu cawangan baru di Rawang. Sebab rumah aku jauh, maka aku duk la kat hostel yang disediakan oleh syarikat berhampiran restoran tersebut.

Kat tingkat atas restoran tu je sebab rumah kedai. Aku menetap bertiga dengan dua orang pengurus yang lain. Umur pun sebaya dengan aku.

Dipendekkan cerita, suatu hari tu aku dapat call yg mengatakan staf aku kemalangan dan dihantar ke hospital berdekatan.

Mase tu jam dah 11 malam. Sebab dah dekat nak tutup restoran iaitu jam 12 malam, aku tangguh sebentar nak melawat staf aku tu.

Lepas siap kerja aku bersiap dulu. Hampir pukul 1 pagi aku dan sorang lagi kawan aku gerak ke hospital. Mase tu duk fikir nak lalu jalan mana sat uke hospital tu.

Akhirnya kami pilih nak lalu Ulu Yam sebab nak cepat sampai.

Mula-mula perjalanan takde rase apa-apa yang pelik. Tengah seronok bersembang tiba-tiba terdiam. Mase lalu depan tempat org amik air bukit tu dah rase tak sedap hati tapi kami buat tak tahu je.

Memang takde sebijik kereta pun lalu. Maklumlah dah pukul 1pagi. Orang jarang lalu jalan tu bila dah pukul 10 malam ke atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience