BAB 7 - Cerita III

Horror & Thriller Completed 4255

Seorang pemandu, Othman mengakui dia pernah diganggu sebanyak dua kali ketika melalui laluan alternatif menghubungkan pekan Kuala Ketil dengan Sik.

Ketika kejadian pertama, gangguan itu dirasai ketika melalui jalan tersebut selepas taman latihan marhaban di sebuah masjid di Sik.
Tambahnya, ketika itu dia pulang bersendirian dengan kereta selepas jam 12 tengah malam dan diganggu ketika melalui satu selekoh berhampiran kawasan berbukit.

“Waktu itu jalan berkenaan masih baru dibuka, sedang dalam perjalanan, aku terasa seperti ada yang menumpang di tempat duduk belakang. Dari pandangan cermin hadapan kereta aku ternampak kelibat sedia olah-olah berbentuk manusia, namun samar-samar.” Katanya mengingati kembali apa yang terjadi.
Tambahnya lagi;
“Untuk pastikan apa yang Aku nampak ketika itu, Aku cuba menoleh ke belakang, namun baru hendak toleh tiba-tiba leher Aku keras,” katanya.

Lebih dari itu, kelibat yang dirasainya itu turut bertindak menghulurkan tangan di sebelah pipi kirnya sambil membuka dan menggenggam tangan beberapa kali.

“Saiz tangan itu seperti orang dewasa dan warnanya hitam, Aku yang berada dalam situasi itu segera membacakan ayat al-Quran dari surah Al-Baqarah.

“Dengan bacaan secara taranum dan suara yang kuat, gangguan itu kemudiannya tidak lagi dirasainya sepanjang perjalanan ke rumah,”katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience