BAB 4 - Cerita I

Horror & Thriller Completed 4255

Dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang, benda tu dah tak ada.
Aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian.
Pasti. Benda tu dah pergi dan bila masa dia hilang pun aku takt ahu sebab semuanya berlaku terlalu pantas.
Aku tadah tangan, berdoa dan ucapkan syukur alhamdulillah kemudian aku pun pecut kereta semahunya.
Aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam je. Tengok meter 130 km/j!
Aku perlahankan kenderaan semula sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak ikut aku lagi.

Tapi ada bau wangi yang ditinggalkan. Seperti bau bunga melor kalau tak silap aku dan aku pun tak mahu fikir lagi fasal bau tu. Yang pasti, aku selamat.
Sampai je di luar pagar rumah, aku teringat pesan orang tua-tua. Aku pun tak jadi meluru masuk rumah dan pergi lepak lagi minum teh tarik dulu kat restoran mamak. Dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan masuk rumah.
Cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata. Masih terbayang-bayang lagi pada benda tu.

Mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya. Apa pun syukur kerana sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut juga dibuatnya. Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya.
Aku berharap perkara ni takan berulang lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience